Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, February 24, 2010

KURANG AJER SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR !

Apa masalah SYABAS bila permohonannya untuk naik kadar caj 30% terhadap pengguna Negeri Selangor ditolak Kerajaan Selangor?
Tiada masalah pun belaku kepada pekerjanya samada dibuang atau kerugian dalam akaun SYABAS?
Mungkin nak tambah elaun lembaga pengarah ke? Atau nak istihar keuntungannya lebih baik dari tahun lepas?

Kerajaan Selangor bersedia ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan harga air.

Syabas bulan lalu menghantar notis undang-undang menuntut Selangor membayar pampasan tiga ratus tiga puluh sembilan juta ringgit kerana tidak membenarkan kenaikan harga itu tahun lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Syabas mendesak supaya harga air dinaikan 30 peratus pada tahun lalu, namun tuntutan itu di tolak oleh kerajaan negeri.

Syabas kemudian menuntut pampasan berkenaan dan dikatakan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika tuntutan itu juga ditolak.

“Kerajaan negeri telah menerima nasihat dari panel guaman berhubung perkara itu yang mendapati Syabas tidak layak membuat sebarang tuntutan sedemikian kerana tiada hak dan tiada keperluan,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyarat mingguan Exco hari ini.

Menurut Khalid, sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri, pemegang konsesi dan kerajaan pusat.

Beliau menambah, SYABAS turut melanggar perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelumnya.

“Pelanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor. Oleh yang demikian kerajaan Selangor tidak sama sekali akan membenarkan syarikat itu menaikan tarif air,” tambah Khalid.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan daripada Syabas demi mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air berkualiti pada harga munasabah.

“Kita sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadang mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperjuangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,"katanya.
-tvselangor-

No comments: