SEMASA berkempen di Permatang Pauh tahun 2008 lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tanpa dipaksa mahupun diminta oleh sesiapa telah melafazkan sumpahnya untuk kali ketiga bahawa beliau tidak pernah kenal Alttantuya model jelita dari Mongolia yang dibunuh sebegitu kejam menggunakan bom C4.
Dengan lantang persis seorang anak jantan Najib bukan sekadar menyatakan tidak pernah bertemu, atau kenal dengan Alttantuya Sheribu,malahan beliau juga menafikan menjalin hubungan dengan mangsa pembunuhan paling sadis abad ini di mana perbicaraan berhubung kes pembunuhan tersebut masih dibicarakan di mahkamah tinggi Shah Alam lebih 150 hari lamanya.
Sebelum itu semasa heboh cerita liwat meliwat seperti yang dilaporkan oleh budak pembacuh kopi Saiful Bahari terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga membawa ke babak melafazkan sumpah Al Quran di Masjid Wilayah Persekutuan, Najib juga pada mulanya seakan bersumpah mengatakan dia tidak pernah kenal dengan Saiful Bahari.
Pada kenyataan akhbar pertamanya apabila menjawab soalan media Najib menyatakan dia tidak kenal siapa Saiful. Dua hari selepas itu dia mengatakan bahawa Pegawai di pejabatnya memang ada berjumpa dengan Saiful berbincang soal pinjaman biasiswa, itupun dua tahun lalu.
Tup-tup selepas lima hari meledak berita pengakuan terbuka Najib menceritakan bahawa budak pembacuh kopi yang mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemuinya pada 25 Julai sebelum membuat laporan polis dan melakukan pemerikasaan doktor di Hospital Pusrawi dan Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Dia datang menemui saya dalam keadaan truma dan menggigil memberitahu dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan saya menasihatinya supaya menyelesaikannya sendiri. Saya tidak berbincang dengannya untuk membuat aduan polis.” Begitulah menurut kenyataan Najib yang tersiar di kesemua dada akhbar arus Perdana.
“Yang menjadi pelik dan ajaibnya, dalam laporan Saiful kononnya dia diliwat pada 26 Julai. Dalam erti kata lain, dengan terketar-ketar dan berada dalam truma pun Saiful masih mencari Anwar Ibrahim untuk diliwat…….” demikian menurut Saifuddin Nasation bagi menjawab dan menangkis dakwaan lewat tersebut.
Terbaru Najib menghebahkan kepada media bahawa dalam isu peralihan kuasa seperti yang dipersetujui bersama antaranya dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Presiden UMNO, beliau mahukan agar tempoh serta jangka waktu pelan peralihan tersebut diputuskan di peringkat Persidangan Tahunan Umno Bahagian di seluruh negara.
Dalam erti kata lain, Najib mahukan agar keputusan serta persetujuan pelan peralihan kuasa tidak lagi mengikut kehendak dan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diwar-warkan olehnya sejak lima bulan lalu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment