PULAU PINANG: Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.
"Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti milo, susu pekat masin dan rempah ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini.
"Kenaikan harga barangan sewenang-wenangnya akan menjejaskan pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah dan tindakan segera perlu dilakukan bagi menurunkan serta mengawal harga semua barangan," katanya.
Sementara itu pejabat PDNKK Pulau Pinang tidak akan berkompromi terhadap peniaga yang enggan mematuhi harga barangan terutama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang akan berkuat kuasa minggu depan.
Pengarahnya Abdul Rahim Hassan berkata pemantauan rapi dan ketat akan dilakukan bagi memastikan peniaga mematuhi harga maksimum borong dan runcit barangan yang disenaraikan dalam skim berkenaan.
"Pelaksanaan skim kawalan harga itu akan dilaksanakan selama 11 hari bermula 10 hingga 21 Feb ini dan kita akan menjalankan pemantaun secara rapi bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan," katanya. BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment