Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, February 11, 2010

MEMANG TAK TAU MALU, DIKATA PERASUAH TAK MENGAKU

Sebelum ini kita didedahkan tentang kapal selam tersebut tidak boleh menyelam lebih 2 jam kalau tak silap.Sebelum itu kita diberitahu Malaysia suka beli besi buruk , almaklumlah projek beli kapalterbang,helikopter.kapal laut dan kapal selam tidak diketahui rakyat dan rakyat pun anggap Kerajaan Bn boleh diamanahkan.Rupanya terbukti memang seolah-oleh mereka beli besi buruk yang dicat,dihias dan diubahsuai secantik dan sekemas yang boleh.Dengan cara ini sesiapa yang terlibat boleh buat untung dengan margin yang lebih tinggi.Sebab itu apa yang berlaku pada kes Altantuya yang cuma menagih upah dari komisyen yang amat tinggi .

Kapal selam Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion dengan kos senggaraan hampir RM1 juta satu hari dilaporkan rosak dan tidak dibenar melakukan selaman.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.
Abdul Aziz berkata, anggota-anggota TLDM beria-ia dan bersemangat tinggi untuk menjalani ujian air tropika apabila ia diperbaiki sepenuhnya.
KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.
Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.
Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Negara Iran baru saja menyambut hari ulang tahun ke 31 revolusi Islam Iran dalam minggu ini.Berjuta-juta penduduknya menyambut kegembiraan dan merayai hari kegermilangan dalam keadaan negaranya dikenakan tekanan dan sekatan dari negara Eropah,Amerika dan negara-negara sekutunya.Banyak kemajuan dan pembangunan yang telah tercapai serta berjaya meletak negaranya menjadi turnning point untuk mencairkan ideologi imperialisme America and Yahudi(zionise) dengan bercara berhadapan.Banyak agensi berita samaada dibarat atau ditimur mempaparkan kebolehan Iran mencipta alat-alat senjata yang canggih berupa seperti jet perjuang,peluru berpandu jarak jauh dan dekat,kereta kebal,system digital warfare dan kapal selam serta berita yang terbaru ialah kejayaan mereka melancarkan roket untuk meletak satalite diruang angkasa.Segala ramalan dan teori kegagalan dan kehancuran Iran dari institusi barat dan barisan pimpinan negara yang tak sebulu dengannnya lingkup dipijak oleh rakyatnya.Seharusnya kita (rakyat malaysia)cemburu keatas kejayaan apa yang telah dicapai oleh mereka(Iran)tetapi sudah lebih 50 tahun kita mencapai kemerdekaan dan dipimpin oleh UMNO dan sekutunya dan tidak dimusuhi oleh sesiapa pun didunia ini,masih banyak lagi terdengaran dan tidak kepuashati dari sebahagian besar rakyat keatas ketelusan,kecekapan dan amanah dari peminpim Bn yang merintah kerajan Mlaysia ini.Keruntuhan demokrasi,ketirisan badan kehakiman,kedaulatan negara tercemar,sistem kepolisan diganggu dan terbaru ada berita rahsia pertahanan negara terbolos tidak mendatangkan kegembiran dan kebanggaan macamana dikecapi oleh rakyat Iran baru -baru ini.