Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 12, 2010

HUTANG NEGERI ORANG DIBAYAR ,HUTANG DALAM NEGERI SENDIRI TAK PEDULI

Tapak Eye On Malaysia (EOM) sudah tentu akan dikenang rakyat Melaka dan umumnya rakyat Malaysia kerana sebanyak RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Tambahnya, EOM yang di pindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu diarah sita oleh mahkamah beberapa minggu lalu kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.
Rakyat Melaka tak taulah,tetapi rakyat Malaysia akan berbanggga denga Ketua Menterinya yang cuba menonjolkan diri sebagai penyelamat UMNO di mana beliau sanggup membantu YBK Selangor (Yayasan Basmi Kemiskinan) membayar cukai dan premium selama 13 tahun sebanyak lebih RM6juta.Negeri sendiri banyak hutang tiba-tiba sanggup bayar hutang YBK di dalam Negeri Selangor.Mungkin nampak tanah berekar-ekar di luar lupa tanah sekangkang kera di negeri sendiri gamaknya.


Katanya, pada 8 Februari lalu sejarah tercipta lagi apabila MST Ad Suria Sdn Bhd (syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, EOM Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.

Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi EOM dan boleh memasuki tanah milik syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd dan mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.
“Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya itu akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah, mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka,”
Rakyat amat kesal dengan kerajaan negeri yang terbukti lemah dan lembap dalam membuat perancangan memulakan sesuatu program dan dan projek sehingga menyebabkan duit rakyat hangus begitu sahaja.
Di saat Melaka dikatakan Maju 2010, Eye On Malaysia terpaksa diserahkan kepada pemiik asalnya. Siapa yang malu dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini.
Sejak dari awal lagi PAS sudah menjangkakan ini adalah projek membazir, duit rakyat hangus begitu sahaja.

No comments: