Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 14, 2010

LANGKAH ANWAR MENGGERUNKAN UMNO!

Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam
KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat
dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,
”saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun turut berucap dalam majlis ceramah semalam)
Menyentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.
Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.
Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri.

No comments: