Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 14, 2010

BURUKNYA SAIFUL DI MATA DUNIA ! HODOH PULA PARA PENYOKONGNYA

Anwar terus diiktiraf dunia: Anwar Ibrahim Sampai Ucaptama Di Forum Dunia US-Islam, Doha
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama beliau pada Forum Dunia US-Islam ke 7 yang bermula di Doha, Qatar semalam.
Beliau menyampaikan ucapan bertajuk "Fresh Start: Has Barack Obama Initiated a New Beginning with Muslim Communities" pada pukul 9.00 pagi tadi waktu Qatar.
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh lima tahun Datuk Seri Anwar dijemput menghadiri forum anjuran kerajaan Amerika Syarikat yang menghimpunkan barisan ketua-ketua negara dan kerajaan negara Islam serta tokoh-tokoh tersohor dunia Islam.
Forum Dunia US-Islam berlangsung selama dua hari bermula 13 Februari dan ia telah dianjurkan atas inisiatif kerajaan Qatar sejak 2003.
Jemputan kepada Ketua Pembangkang mencerminkan pengiktirafan serta penghormatan tinggi yang diberikan oleh dunia sebagai tokoh Islam yang lantang menyuarakan hak dan nasib umat Islam di seluruh dunia disamping berusaha merapatkan jurang antara Barat dan umat Islam.
Forum tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassem al-Thani dan agenda pertama bermula dengan sesi plenari yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Sheikh Hamad.
Turut berucap pada sesi itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Senat bagi Hubungan Luar Senator John Kerry dan Abdelaziz Belkhadem, Duta Khas kepada Presiden Algeria Abdelziz Bouteflika.
Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton akan berucap pada persidangan hari disusuli oleh Duta Khas Amerika ke Afghanistan dan Pakistan Richard Holbrooke pada hari Isnin.
Datuk Seri Anwar dijangka akan mengadakan perbincangan secara berasingan dengan Emir Qatar Sheikh Hamad Khalifa Al Thani, Sheikh Hamad Jassem al-Thani, Senator John Kerry serta pelbagai aktivis political dan pemimpin dari negara Islam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga akan mengadakan mesyuarat khas dengan ulama Islam terkemuka dari Mesir Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi disamping perjumpaan dengan ratusan warga Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Qatar.
Presiden Amerika Barack Hussein Obama akan berucap pada forum itu melalui ucapan yang telah direkodkan dan beliau dijangka menekankan semula prinsip jalinan kerjasama antara dunia Barat dan Islam sebagaimana yang telah nyatakan pada ucapan bersejarah semasa lawatan beliau ke Kaherah, Mesir pada 4 Jun tahun lalu.
Beliau juga mengumumkan perlantikan Rashad Hussein sebagai Duta Khas Amerika pertama ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Forum tahunan ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Luar Qatar dan Saban Center of the Brookings Institution.- Suara Keadilan

No comments: