Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 14, 2010

GARA-GARA MENGUTUK IMAM ATAU ULAMA DI BLOG, UMPAMA BERUK DAPAT BUNGA

Ramai blogger yang berugama Islam samada yang berpelajaran tinggi atau puak profesional atau setakat bijak IT dah kurang ajaran (kurang ajar} bukan disebabkan kurang ilmu tetapi dah terlebih ajar, terutama berguru dalam internet dan berlagak tahu kerana dalam internet ada rujukan agama,ruangan tanya ustaz dan ulama termasuk teman yang menulis ini.Jadi kita rasa ilmu itu seolah-olah ada dalam diri kita bila-bila kita mahu, nak jadi ulamak pun boleh tapi ilmu bukan di dada tapi masih dalam internet.
Blogger macam teman sekiranya dah ditangkap kerana celupar pada pemimpin atau rasul dan kemudian dilepaskan tanpa apa-apa pengajaran atau denda yang setimpal maka kita akan lebih naik tocang.Apa taknya, kalau teman dah kutuk pemimpin besar negeri dan Ketua agama atau bekas ketua agama negeri dan lepastu ditangkap dan dilepaskan tanpa 'enough punishment' maka teman tak jadi masalah menghentam atau kutuk imam atau sesiapa bertaraf ulama .
Sebenarnya teman dan rakan teman yang seperti disebutkan berani di dalam blog sajer, tapi kalau berdepan 'hampeh' tak berani.
Percayalah blogger macam Aduka Taruna,Parpu Kari,Yang Gambi,Zulkifli Nordin dan sekapal atau yang mungkin nak naik kapal yang sama tak fikir anda masih muda dan mungkin anggap akan muda selamanya.Tak terfikir ke kamu ada keluarga dan akan ada keluarga.Kamu akan solat dan berimamkan orang yang mungkin kamu tak suka atau kamu suka dan tak tau lah kamu akan menegur kalau imam kamu lambat seperti kamu menegur Ust Hadi yang datang lambat.Kamu belum berumur seperti imam dan Ulama itu ,dan kamu dah melalui sedikit macam mereka? Umur mereka yang kamu kutuk tu berapa?Adalkah kamu ingt kamu akan lebih baik dari mereka yg kamu kutuk bila kamu berumur seperti mereka sekaran? JAWAB!JAWAB!JAWAB!

No comments: