Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, February 14, 2010

BILA PENGARAH TERLALU 'OVER' , PERSEDIAAN TAK SEBERAPA !


Pada pendapatan teman, Pengarah Hub Halal janganlah begitu 'over' dalam menunjukkan kesungguhan sampai sanggup berjuang walau dikerat 18.Jangan tunjukkan negara ini dah terlalu berjenayah ala barat.Memang diakui jenayah di Malaysia dah sampai setanding macam yang berlaku di Barat mungkin disebabkan slogan Malaysia Boleh.nAMUN BERBALIK PADA PERSEDIAAN ATAU INFRA HUB HALAL DAN PENGUATKUASAAN JAKIM MASIH LAGI LEMAH DAN BANYAK RUANG PERLU DIPERKUATKAN SEBELUM BERKATA SEBEGITU.Umpama pahlawan ysng berlawan keris tapi keris belum di asah dan berlangir.

Dikerat 18 pun kita tidak kompromoi dalam soal halal.Umpama seorang tukang kayu Ini bermakna sekali-kali tidak ada kompromi dalam perkara yang membabitkan integriti dan perlaksanaan hukum syarak.
"Itu adalah kata-kata keramat Saimah Mukhtar, Pengarah Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Dan tugas kami memang berisiko tinggi. Ini termasuk menerima ugutan tetapi ini sudah menjadi asam garam tugas kami di cawangan pemantauan dan penguatkuasaan," demikian tegas Mohd Amri Abdullah, Penolong Pengarah, Cawangan Pemantauan dan penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal JAKIM.
Beliau menambah, pihaknya menjalankan tugas berdasarkan peraturan dan hukum syarie yang telah distandardkan.
Sehubungan dengan itu, katanya, mana-mana pemegang sijil halal atau orang yang melakukan kesalahan yang ada kaitan dengan isu halal akan dikenakan tindakan berdasarkan prosedur berkenaan.
Mohd Amri terbabit dalam operasi pemantauan dan penguatkuasaan Sijil Halal sejak menyertai JAKIM pada 2003.
Operasi berisiko
Operasi pemantauan dan penguatkuasaan Sijil Halal dibuat secara berkala dan ia melibatkan produk yang ditakrif sebagai berisiko tinggi dan rendah.
"Berisiko Tinggi" melibatkan produk yang berasaskan daging, lemak atau minyak, alkohol serta syarikat-syarikat yang antaranya tidak mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Amalan Kebersihan Baik (GHP).

Operasi untuk pihak berkenaan dibuat lebih dari sekali setahun sementara kategori berisiko rendah pula melibatkan produk yang bukan berasaskan daging, mengamalkan GMP, GHP, adanya Eksekutif Halal dan jawatankuasa halal dalaman serta syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan diyakini amalan pengilangannya.

Operasi pemantauan dan penguatkuasaan untuk kategori ini mungkin dibuat sekali dalam setahun.

Operasi juga dibuat berasaskan aduan orang ramai dan operasi berkenaan dijalankan di seluruh negara.

Untuk rekod, menurut statistik JAKIM, sehingga Mei 2009, hanya 27 atau hanya 1.4 peratus daripada kira-kira 2,000 hotel di seluruh Negara telah mendapat sijil halal JAKIM bagi dapur utama mereka.

Berhubung aduan orang ramai, Mohd Amri memberitahu aduan yang dibuat adalah mengenai pemegang Sijil Halal dan yang melibatkan soal perbahasaan halal.

"Walau apa pun kita akan buat pemeriksaan bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Misalannya jika ada yang berhubungkait dengan logo halal tetapi tidak ada Sijil Halal atau Sijil Halal telah tamat tempoh, ini melibatkan Akta Perihal Dagangan (APD) 1972, di bawah kuasa KPDNKK.
Logo palsu
Kalaulah logo halal diperbaiki sedikit hany
a tambah no rujukan atau no siri yang boleh pengguna merujuk dalam internet melalui laman web Jakim yang sentiasa dikemaskini maka logo palsu akan berkurangan.
Katakan si Ali ke Giant Hypermarket atau kedai runcit nak beli Mee Hoon dan beliau boleh belek logo halal pada bungkusan dan periksa no siri atau rujukan lesen menerusi internet atau hubungi JAKIM dan tanya samada rujukan itu masih relevan atau dah mati lesennya.Dengan cara ini ,syarikat tak bertanggungjawab akan 3 kali fikir nak buat logo palsu.

Nak efisyen lagi, satu prosedure halal dan kebersihan wajar dibuat standard serta amaran keras termasuk denda atau saman kepada seua syarikt pengeluar makanan, alat kosmetik ,restoren ,hotel dan seumpamanya agar tiada dolak-dalik berlaku.

Menurut Mohd Amri, kes-kes yang melibatkan penggunaan sijil dan logo halal palsu atau menggunakan kalimah perbahasaan yang membawa maksud halal sememangnya banyak.
Beliau memberitahu contoh aduan yang meminta JAKIM memeriksa sebuah kedai makan mamak yang menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik pelanggan Muslim atau menggunakan perkataan halal sendiri.
"Ini sebenarnya tidak termasuk dalam bidang kuasa JAKIM kerana kuasa JAKIM hanya membabitkan logo dan Sijil Halal yang kita keluarkan.

"Dalam kes kedai mamak itu, yang boleh mengambil tindakan ialah KPDNKK sekiranya terbukti makanan yang dihidangkan tidak halal. Beban pembuktian terletak kepada JAKIM. Kita kena buat kajian halal atau haram sebelum KPDNKK boleh mengambil kes,"katanya.
Ayat al-Quran

Beliau memberi satu lagi contoh mengenai sebuah premis makanan yang menggunakan ayat Al-Quran dan apabila diperiksa, kedai tersebut yang terletak di Lembah Klang mempunyai pekerja yang semuanya beragama Hindu tetapi lesen perniagaannya atas nama seorang Melayu.

"Di bawah APD 1972 tindakan akan diambil ke atas pemilik dan dalam hal ini pemiliknya Melayu, dan mungkin lesen perniagaan telah dialibabakan. Pindaan yang diusahakan JAKIM untuk APD 1972 antaranya adalah untuk menangani kelemahan seperti ini.

"Kalau pemilik lesen orang India, pekerja bukan Islam dan meletakkan ayat Quran di dalam premis makanan, KPDNKK boleh mengambil tindakan. Di dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri juga boleh mengambil tindakan di bawah penggunaan teks ayat Quran,"katanya.

"Bagi pihak pengguna, sudah tentunya mereka akan melihat secara positif tindakan penguatkuasaan yang dibuat oleh JAKIM, persijilan kita mempunyai kredibiliti melalui penguatkuasaan yang kita laksanakan,"jelasnya.
Bagi operasi ke atas rumah penyembelihan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, ia dibuat berdasarkan aduan dan sebagai operasi berkala. Ia lazim dilakukan sekitar pukul 3 pagi memandangkan bekalan ayam akan mula dihantar ke pasar-pasar selepas subuh, kata Mohd Amri.

Antara operasi yang pernah dilakukan ialah yang melibatkan aduan urat leher ayam yang disembelih tidak putus atau ayam direndam dalam air panas.

Beliau memberitahu sekiranya aduan didapati benar, pihaknya akan meminta rumah penyembelihan menghentikan operasi dan mengisytiharkan jumlah ayam yang sudah disembelih dan sama ada melupuskan ayam-ayam tersebut atau mengisytiharkan ayam itu sebagai tidak halal dan hanya menjualnya kepada bukan Islam.

Roh halal dan jihad halal

Cepat atau lambat satu-satu operasi bergantung kepada kes dan menurut Mohd Amri ada kes yang operasinya bermula jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 3 petang keesokannya.

"Kami di JAKIM telah diterapkan dengan Roh Halal dan Jihad Halal yang cukup kuat. Jadi tak ada masalah untuk buat operasi pada awal pagi atau yang mengambil masa berjam-jam lamanya,"tegasnya.
Mohd Amri turut menegur sikap sesetengah orang Islam di negara ini yang membuat andaian semua produk yang dijual di Malaysia adalah halal tanpa meneliti ramuan yang digunakan untuk membuat produk tersebut.

"Bila kita buat operasi pemantauan dan penguatkuasaan, barulah mereka sedar.

Pihak kami pernah menyerbu sebuah restoran atas aduan orang ramai yang meragui kehalalannya. Ramai pengunjung Islam sedang makan di premis yang tidak halal itu dan apabila ditanya, komen mereka makanan sedap.
Lagi pun kata mereka juruwangnya memakai tudung.

"Orang Islam mesti menjadi pengguna yang bermaklumat, mesti ada sifat ingin tahu, tahu membezakan sama ada satu-satu makanan itu halal atau tidak. Jadikan ini pembelajaran sepanjang hayat.

“Tengok orang Yahudi, bagaimana mereka boleh melahirkan generasi yang hebat dan menguasai ekonomi dunia. Puncanya hanya mengambil makanan yang berkhasiat (kosher), orang Yahudi menjaga betul apa yang mereka makan," kata Mohd Amri.
- Bernama

No comments: