Kalau semasa DS Najib jadi Timbalan Perdana Menteri, Saiful boleh diterima mengadap dan mengadu dirumah TPM apatah lagi sekarang ini DS Najib dah jadi Perdana Menteri?
Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya, dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan yang sedang berlangsung. Bekas pembantu kepada Anwar itu ditemani peguam Zamri Idrus serta bapanya, Azlan Mohd. Lazim tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari. Laporan itu dibuat terhadap seorang lelaki yang mendaftar dirinya atas nama “Anaz Zahari” di dalam laman sosial Facebook. “Anaz Zahari” didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial Anwar Ibrahim itu. Kenyataan itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”. Saiful Bukhari berkata, beliau membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment