Sementara itu menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Hakim Zabidin Md Diah didapati bertindak tidak profesional apabila kelihatan "bias" dalam banyak hal.
Sebagai hakim beliau tidak sepatutnya hadir ke Kondominium Desa Damansara mengikut Saiful Bukhari menunjukkan katil, tilam, jelly serta bermacam-macam lagi bahan yang dikatakan bukti anak mudaitu mangsa liwat. Kehadiran hakim Zabidin boleh mempengaruhi keputusan beliau sebagai hakim kes yang cukup kontoversi ini. Malah, permohonan Karpal untuk menggugurkan beliau ada asasnya dan kiranya ini berlaku maka kes liwat ini akan bertambah kontroversi dan berpanjangan lagi. "Hakim sepatutnya mengawal pergerakan dan tingkah laku beliau supaya tidak kelihatan memihak kepada indidividu tertentu. Konspirasi ini kini berada diperingkat kritikal apabila mereka cuba untuk menjatuhkan hukuman ke atas Anwar sebelum Tahun Baru Cina ini. Malah mereka juga akan berusaha merampas Selangor sebelum tarikh tersebut. Mujurlah Allah sayangkan hambaNya yang dizalimi, akhirnya hakim pula dipertikaikan dan wajar digantikan dengan yang baru. Perancangan yang dibuat musuh akhirnya tidak jadi kenyataan dengan permohonan oleh Karpal ini" kata Azan.
[Perbicaraan terpaksa ditangguhkan bilamana hakim jelmaan "coklat hacks" dan "correct correct correct" sudah dilihat tanda-tandanya membicarakan kes ini. Ternyata, mereka cuba untuk memastikan keadilan itu digagalkan. Meneruskan perbicaraan bermakna menjerat leher. Puak-puak UMNO dan penyokong Saiful memang marah kononnya Anwar sengaja menangguhkan kes. Masalahnya, kes terpaksa ditangguhkan sebab terdapat bukti-bukti kukuh berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku. Justeru itu, adalah lebih elok hakim ditukarkan demi menjaga kreadibiliti institusi itu agar tidak dipandang hina masyarakat].
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment