
Apa yang menyerang seorang posmen di PD tempohari yang akibatkan luka besar pada kakinya? MB Negeri Sembilan pun tidak percaya ada buaya di PD .
Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?
Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.
Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui. - Kosmo
No comments:
Post a Comment