Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 22, 2010

PENGHANCUR MAJALAH AL-ISLAM ADA 2 KERAKYATAN ?

Kalau benar bagai dilapor, elok benar AStora jabat pulang ke tempat asalmu.Yang teman kesal Tun Mahathir boleh percaya pada Astora yang terbukti tidak taat sepenuh hati pada Malaysia.Kata beliau , beliau suka perkara yang mencabar dan pada waktu yang sama beralasan tiada tempat bergantung (Aik! selama ini dah banyak peluang di Malaysia tak puas hati? padahal selama ini beliau ditatang dan sentiasa diberi kerja yang berstatus tinggi juga.
Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.

Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.

“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.
Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.
Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.
Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

No comments: