
Lihat pada tajuk akhbar di atas iaitu "MAYAT REMAJA JATUH SUNGAI DITEMUI MATI"
Berita ini disiarkan UTUSAN ONLINE yang memetik berita dari Agensi Berita Nasional, BERNAMA.
Bagaimanapun, tidaklah dapat dipastikan samada tajuk berita itu disediakan oleh BERNAMA atau UTUSAN ONLINE
Saya bukan pakar bahasa, tetapi, rasanya ada yang tidak kena dengan ayat itu.
Bukankah 'mayat' merujuk pada orang atau manusia yang telah mati?
Jadi kenapa perlu disebut mayat sudah mati?
Tak tahulah pula, mungkin ada mayat sudah hidup...
Apa-apa pun, takziah kepada keluarga mangsa.
No comments:
Post a Comment