Teman ingatlagi bila mendengar Peguam Negara serta berita yang memaparkan rasa serius beliau pada kehilangan 4 engin dan dijelaskan 2 buah sahaja.Beliau berkata akan BERUSAHA HABIS-HABISAN .
http://agc-wopac.agc.gov.my/e-docs/2009/um/0000014578.pdf (bukti Peguam Negara akan usaha habis-habisan) Akhirnya 2 orang saja didakwa.Kira bijak ,kuat dan bagus juga 2 orang ini yang boleh menguruskan engin tersebut 2 orang sahaja.
Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pengarah syarikat dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini berhubung kehilangan dua enjin pesawat pejuang angkatan tentera itu.
Enjin Hilang: Tiada Pegawai Kanan TUDM Terlibat
KUALA LUMPUR: Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.
Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas jika ada pegawai peringkat atasan yang terlibat.
http://lagiberita.blogspot.com/2009/12/enjin-hilang-tiada-pegawai-kanan-tudm.html
"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat.
N Tharmendran, 42, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan laskar udara Mohamad Shukri Yusop atas tuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM.
Manakala pengarah syarikat K Rajandran Prasad, 38, pula tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail malam tadi berkata siasatan menunjukkan kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi.
Katanya, berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada, beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap kedua-dua tertuduh.
Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan, anggota tentera itu boleh dihukum bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.
Kehilangan dua enjin itu dilaporkan berlaku pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.
Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.
Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment