Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 27, 2010

USAHA ROBOH MASJID MENULAR DI LABUAN


Teman rasa jijik dengan puak-puak UMNO/BN yang baru sahaja berjuang mendaulatkan nama ALLAH tapi pasal projek sanggup runtuhkan atau robohkan Rumah Allah.YB Zulkifli Nordin kena ambil tindakan dan saman mereka ini.Takkan pasal buat jalan tak tahu elakkan roboh masjid.Cuba tengok Balai Polis Dang Wangi yang telah bertukar jadi Masjid di sebelah Panggung Odeon di KL.Kalau boleh elakkan roboh masjid , cari jalan bukan buat jalan jer.Kalau boleh buat tebus guna tanah seperti Abu Dabi.

Usaha kerajaan untuk meroboh sebuah masjid tertua di pulau ini mendapat bantahan daripada penduduk kampung yang mahu bangunan masjid itu terus dikekalkan atas faktor nilai sejarah yang tinggi.
Masjid Jamek Adam Kampung Lajau yang berusia lebih 40 tahun bukan saja merupakan satu-satunya masjid tertua di pulau ini, malah ia memunyai nilai sejarah yang paling berharga kerana masjid yang mempunyai lebih 500 qariah ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 16 Disember 1967.
“Kita tidak mahu masjid yang satu-satunya dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama di pulau ini hilang begitu saja, malah apa yang menarik dan jadi kesan sejarah ketika itu, Tuanku diarak sejauh 5…oleh penduduk kampung sebelum merasmikan masjid tersebut,” kata Ketua Kampung Lajau, Haji Sudin Omar ketika ditemui di sini kelmarin.
Menurut Haji Sudin, Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan telah memberikan kelulusan pada tahun 2008 untuk merobohkan masjid itu bagi memberi laluan kepada projek pembesaran jalan Pohon Batu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya.
Namun katanya, masjid itu hanya akan dirobohkan apabila sebuah masjid baru yang sedang dalam pelaksanaan siap sepenuhnya.
“Walaupun Masjid Jamek Adam akan digantikan dengan masjid yang baru, namun rata-rata penduduk kampung tidak bersetuju untuk merobohkan masjid tertua itu dan mahu ia terus dikekalkan di situ,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal ketika diminta mengulas cadangan itu berkata, pihak berkuasa tempatan yang membabitkan Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) perlu mengkaji semula cadangan itu.

“Kita tidak mempunyai banyak struktur dan bangunan yang bersejarah di pulau ini, oleh itu adalah wajar bangunan yang mempunyai nilai sejarah dipelihara dan dikekalkan, malah ia boleh dijadikan sebagai produk pelancongan dari sudut sejarah Islam,” katanya.

Yussof yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, sebaliknya mencadangkan supaya projek pembesaran jalan itu di lencongkan ke arah lain dan masjid itu jika tidak lagi digunakan sebagai tempat beribadat boleh dijadikan sebagai pusat sumber ilmu Islam seperti dijadikan Perpustakaan Islam atau pusat pengajian agama.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Sekiranya mengikut kaedah kejuruteraan jalan raya ada caranya untuk mengalihkan jalan dari mengena sesuatu objek tanpa kita memusnahnya.Apa yang berlaku diPulau labuan atau Victoria Island(nama zaman mat salleh) keatas mesjid Lanjau betul-betul berjiran dengan rumah kawan saya,sungguh menyedihkan dan tak sangka hukuman yang diterimanya dari kerajaan BN(UMNO)atas nama pembangunan sebagaimana berlaku di selangor(zaman khirtoyo).Mojoriti penduduk labuan menyokong ahli parlimen Umno labuan dan menjadi taiko disitu, perlulah mengarah Pihak JKR bagi memastikan Mesjid itu tidak disentuh dan dimusnahkan demi menghormati bapa kemerdekaan malaysia dan bahan sejarah sebagaimana yang wujud ditaman Damai tempat pendaratan tentera Jepun.Kekuasaan politik Umno dilabuan amat mantap dan mudah untuk menghindarinya dari perkara itu berlaku umpama tekan button hijau atau merah keatas agensi-angensi kerajaan yang berada disana.Inilah masa untuk memnjadi Juara 1Malaysia bagi menangi kehendak majoriti penduduk kampong Lanjau dan menjaminkan sokongan padu diPRU 13 nanti.Ingatan berterusan dan sumbangan yang besar atas nama Islam kepada Datuk Yusof Mahal sekiranya ia bejaya mengekalkan Mesjid kampong Lanjau dari dimusnahkan.Anda akan menjadi sebagaimana perbahasa melayu menyebut" harimau mati tinggalkan belang manusia mati tinggal nama".Ayuh tunjukkan kehebatan mu.