Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 19, 2010

TULA ... SAPA SURUH BUAT ISU ALLAH SKANG BAGAIMANA TOPI PDRM BAGI YANG BUKAN ISLAM?


Mungkin mufti-mufti tertentu akan keluarkan fatwa, bukan Islam di larang pakai topi rasmi Polis Diraja Malaysia kerana mengandungi kalimah Allah.

Mungkin juga demonstrasi akan dianjurkan besar-besaran atas isu topi PDRM yang dipakai oleh bukan Islam

Mungkin Demonstrasi tersebut turut membantah penggunaan senikata lagu negeri yang mengandungi kalimah Allah kerana dibimbangi turut dinyanyikan oleh bukan Islam di sekolah dan majlis rasmi kerajaan negeri. Fikir-fikirkan

1 comment:

Unknown said...

Isu paling besar adalah...macam mana nak elakkan dr fitnah dajjal....org kebykkan mencipta isu...bukan menyelesaikan isu secara tertib seorg islam...kesilapan dan kesalahan adalah lumrah dan fitrah manusia...persoalannya macam mana nak selesaikan permasalahan tersebut secara lebih sopan....jangan cipta satu isu untuk memburukkan satu pihak...Rasulullah tak ajar semua tu...duduk bincang...kita berkongsi Allah yang sama...jadi bermuzakarahlah cara yg telah disyariatkan oleh Islam....wallahua'lam...