Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 19, 2010

LABUAN DILANDA MASALAH 2 G !

MASALAH GANGTERISMA & GULA
Gangterisma
Seorang pengurus hotel cedera parah di bahagian muka selepas diserang oleh sekumpulan lelaki di sebuah bilik Hotel Manikar Beach Resort, Kampung Batu Manikar di sini, pada malam Jumaat lalu.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Supt Saiman Kasran berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berumur 41 tahun cedera parah di bahagian muka selain mengalami patah hidung selepas diserang oleh lelaki yang tidak dikenali.
“Polis percaya mangsa yang bekerja di hotel berkenaan diserang menggunakan senjata keras yang dilakukan lebih daripada seorang,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi kelmarin.
Menurut Saiman, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi pada Sabtu iaitu sehari selepas kejadian.
Katanya, belum ada sebarang tangkapan di buat dan motif serangan dipercayai balas dendam dan cemburu.
Sementara itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis, IPD Labuan di talian 087-412222 atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syamsul Alam Syakir di talian 019-8121001.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Sekyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kecederaan menggunakan senjata.
Sementara itu, mangsa yang ditahan di Hospital Nukleus Labuan sejak malam kejadian, dipindahkan ke Hospital Queen Elezabeth (QEH) Kota Kinabalu pagi kelmarin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Gula

Labuan kini berdepan dengan krisis kekurangan gula yang agak kritikal apabila hampir kesemua pasar raya di situ kehabisan bekalan sejak minggu lepas.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Labuan Abdul Majid Abdul Rahim berkata pihaknya sedang memantau keadaan itu bagi mengelakkan pembelian panik.
“Pada masa ini kita masih ada bekalan tetapi terhad. Mereka yang mahu membeli gula dengan kuantiti yang banyak mesti mendapatkan surat daripada kami untuk diberikan kepada pemborong,” katanya kepada Bernama kelmarin.
Beliau berkata bekalan gula sebanyak 50 tan metrik yang dijangka tiba esok dilihat dapat mengurangkan sedikit masalah itu.
Labuan yang mempunyai kira-kira 90,000 penduduk memerlukan sekurang-kurangnya 200 tan metrik gula sebulan.

No comments: