Untuk atasi serangan BN dan SPR dari semua arah maka kita Pakatan Rakyat melalui Parti PAS,PKR dan DAP dan Kelab penyokong harus kerja keras dalam 5 hariini bermula hari ini untuk menyemak daftar SPR tambahan suku ke 4 yang baru dikeluarkan.Sila dapatkan salinan untuk DUN masing-masing dan bahagikan ikut UPU dan semak segera.
Peruntukkan satu malam ALL OUT ,panggil semua pakar penduduk,ketua cawangan,ketua kg ,ketua taman dan periksa tempat masing2 antaranya ialah :
1) Cuba pastikan kewujudan pengundi baru - kenal atau tidak?
2. pastikan tiada pengundi yang dah mati diwujudkan semula.
3. Pastikan tiada wujud pengundi terlalu ramai pada satu alamat.
4. Pastikan tiada pengundi dipindah ketempat lain tanpa kebenaran pengundi itu sendiri.
5. Periksa lokaliti,biasanya SPR terlalu jahat sehingga kalau boleh alamat pengundi sebenar akan diubah suai agar kita sukar mengesan pengundi tersebut.
6. Periksa pengundi yang masih hidup mungkin akan ditiadakan dalam daftar tempat asal.
Selain di atas cuba cari dan jika ada kesamaran dan penyelewangan sila buat bantahan selepas habis tempohh bantahan.
Semakan Daftar yang dipamerkan di tempat-tempat tertentu hanya syarat SPR dah buat kerja, cara melihat paparan tersebut tidak berguna untuk Pakatan Rakyat.SILA AMBIL TINDAKAN ! SEKARANG JUGA !
SEBELUM PILIHANRAYA KECIL DAN PILIHAN RAYA UMUM KELAK!
TELUK INTAN, 19 Jan: PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.
Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa.
Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa.
Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak.
Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS hampir menarik diri dari pilihan raya kecil itu apabila mereka mengesan banyak nama berganda dalam senarai daftar pemilih.
Namun selepas didapati ia bukan berlaku di Bagan Pinang sebagaimana yang dihujjahkan balik oleh SPR, PAS meneruskan pilihan raya itu.
Ini bermakna, pendaftaran berganda ini mungkin dirancang sedemikian rupa khasnya di Perak.
Menurut sumber Harakahdaily, beliau secara tidak sengaja mendapat maklumat itu melalui perbualannya dengan beberapa pegawai polis di sekitar tempatnya dekat sini.
"Menurut pegawai balai tempat saya berjumpa itu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun lambat lagi bersara. Kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat," cerita sumber Harakahdaily itu.
Untuk mengesahkan perkara ini, sumber itu berhubung dengan Setiausaha kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar iaitu Saudara Amran.
"Dia bagitau pada saya, mereka pun dapat maklumat tersebut malam tadi daripada polis daerah Manjong," beritahu sumber Harakahdaily itu.
Kedua-dua mereka membuat andaian, arahan membuat kad pengenalan awam untuk polis ini dibuat serentak ke seluruh negeri Perak kerana maklumat itu sampai serentak kepada kedua-duanya iaitu m
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment