BENTRAS RAKYAT MALAYSIA SAMADA ISLAM ATAU TIDAK DARI MELAHIRKAN ANAK LUAR NIKAH.
1. Pastikan rakyat Malaysia menjauhkan zina terutama usaha giat dan serius dari kerajaan yang memerintah.
2. Pengawalan media yang islamik ditagih dari Kerajaan Malaysia yang dikatakan Negara Islam.
3. Rakyat tidak wajar hina anak luarnikah , kita wajar kutuk dan sedarkan ibu dan bapa baik yang menyebabkan kelahiran anak diluar nikah tersebut.
4. Kerajaan dan masyarakat perlu ambil tindakan yang perlu membendung dan melindungi anak-anak yang tak berdosa ini dari mengikut jejak langkah ibu dan bapa mereka yang tidak bertanggungjawab.
SETIAP 17 minit 17 saat, lahir seorang anak haram atau anak luar nikah di Malaysia. 83.3 kes terdapat setiap hari dan purata bulanan berjumlah 2,500 kes.
Hal ini dilihat melalui statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003). Dan 30,978 dari 70,430 (44%) bayi yang tidak sah taraf itu, adalah anak orang Islam.
Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyebutkan terdapat 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
# Kemusnahan kemuliaan keturunan manusia oleh tangan tangan manusia sendiri. Bagaimana pemimpin negara boleh mendabik dada sebagai pemimpin negara Islam jika kebanjiran kelahiran anak luar nikah tidak dibendung.
Bayangkan bagaimana susahnya 10 ke 20 tahun akan datang untuk mencari nasab keturunan yang benar benar tulen.
Jumlah ini hanya yang dilaporkan. Bagaimana dengan kes yang tidak dilaporkan. Didiamkan kerana malu. Tidak termasuk lagi kes buang bayi,kes bayi disangkut di pagar rumah dan surau.
Setiap dari kita akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya...
Wahai pembesar negara tak gerunkah anda dengan lambakan kelahiran anak luar nikah ini???
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment