Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 6, 2010

SATU-SATUNYA RAJA KREATIF DALAM MENGAKTIFKAN POLIS MALAYSIA KE SEANTERO DUNIA

Komen : RPK RPK, Raja Petra Kamarudin, Raja Petra Kamarudin ,kamu memang hebat ,bijak dan kreatif.Walaupun kamu korbankan keselesaan kamu untuk mendedahkan kepincangan Pentadbiran Barisan Nasional yang bobrok dan kotor hanya membantu Pakatan Rakyat agar terus diterima dan dihayati sehingga Pilihan Raya ke 13 tidak lama lagi.Jasa mu menghilangkan diri sangat bagus dalam mengaktifkan pihak Polis Malaysia bergerak cergas ,bekerja di lokasi antarabangsa.Maka ada juga alasan KPN menghantar Polis ke luar negara dari asyik jaga demontrasi oleh Penyokong Pakatan Rakyat ,jaga Pilihan Raya Kecil serta jaga ceramah Pakatan Rakyat .

RAJA PETRA MAKAN ANGIN DI POLAND

Raja Petra yang menjadi buruan polis malaysia didapati sering bertukar-tukar lokasi di luar negara..
Paling terkini Raja Petra didapati sedang 'makan angin' bersama 2 orang wanita Eropah..Ini berdasarkan gambarnya yg dimuat menerusi laman sesawang beliau...
Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata,"dia(Raja Petra)membawa status sebagai pelarian,jadi kita akan tetap memburu dia walaupun di mana dia berada"...
Raja Petra menyindir kenyataan Musa Hassan di dalam blognya dengan berkata,"ketika Ketua Polis dan Peguam Negara buntu untuk mendapatkan saya,saya pula menyambut tahun baru bersama-sama wanita-wanita Poland.Oopps...lebih baik saya periksa sama ada Malaysia ada memohon ekstradisi dengan kerajaan Poland atau sebaliknya..Ah,tak apa Eropah adalah luas...
Pihak Polis Malaysia sebelum ini telah memohon ekstradisi terhadap Raja Petra bagi membolehkan inkues terhadapnya dapat dijalankan di negara tersebut sebelum dibawa pulang ke Malaysia...
Laporan dari siasatan polis sebelum ini mendapati Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court Gloucester Terrace,Bayswater,London..
Raja Petra menjadi buruan polis selepas 2 waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada April lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel bertajuk,"Let's Send the Altantuya Murderers to Hell yang dikatakan berbaur hasutan terhadap isteri P-End '1Mongolia',Datin Rosmah Mansur...
Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu telah membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesan beliau...
Sampai bilakah polis dapat mengesan dan membawa balik Raja Petra tidak dapat dipastikan..Apa yang pasti pihak polis pasti berusaha bermati-matian mendapatkan Raja Petra kerana ianya melibatkan 'bos' mereka...Kita tunggu dan lihat saja...

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Pru 13 semakin hampir ,rakyat sedang menunggu sambil membilang hari atau countdown tarikhnya untuk melihat bakal perubahan termasuk kes-kes kronik yang selama ini mendapat backup dari you.Cepat-cepat dan cekup sebelum RPK dihadap kemahkamah kerajaan Pakatan Rakyat