Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 18, 2010

PENYAKIT GANU DAH JANGKIT KE CHERAS

Penyakit "runtuh" yang berlelauasa di Negeri Terengganu telah pun berlaku di Cheras tapai tak pasti dalam Negeri Wilayah Persekutuan atau Selangor.
Alasan beralasnya ialah Bumbung Runtuh kerana akibat lebihan bebanan?
Bukan sebab salah kontraktor yang bina tapi salah sendiri.

Bumbung Bangunan Baru SMK Taman Connaught Runtuh Kerana Lebih Muatan


Keruntuhan sebahagian kerangka bumbung bangunan baru Sek Men Keb Taman Connaught di Cheras, di sini semalam adalah akibat lebihan bebanan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh kontraktor terbabit yang menjelaskan kejadian berpunca daripada longgokan kepingan atap genting berlebihan di bahagian yang runtuh.
"Akibat kekangan ruang di kawasan ini, pekerja mengangkut secara manual kepingan atap dan kemudian menghimpunkannya di satu bahagian sahaja (menyebabkan berlaku lebihan bebanan di bahagian itu)," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian hari ini.
Wee memberi jaminan kejadian itu tidak menjejaskan keselamatan pelajar dan meminta ibu bapa tidak menjadikan insiden tersebut sebagai alasan untuk tidak membenarkan anak-anak mereka datang ke sekolah.
Mengulas lanjut, beliau berkata kontraktor memberi jaminan bumbung yang runtuh itu akan siap dibaiki dalam masa sebulan dan tidak akan menjejaskan pembinaan bangunan empat tingkat tersebut yang dijadual siap pada Mac ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, tiga pekerja cedera ringan apabila sebahagian daripada rangka bumbung bangunan yang memuatkan 16 bilik darjah itu runtuh. - Bernama

No comments: