Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 18, 2010

KES TERBENGKALAI FAIL PUN LUNYAI

Tercatit dalam sejarah kehakiman negara kita beberapa kes yang sejak dulu dan hingga kini masih terbengkalai tanpa keputusan dan kes sebegitu bukan telah diselesaikan malah bertambah lagi koleksi perbicaraan tanpa kesudahan.

Rasanya ramai sudah maklum dengan kes Memali yang tercetus sejak tahun 1985 waima pembaca mudah pun dah tahu apadia kes Memali . Namun rakyat perihatin tahu keputusan perbicaraan masih tidak di umumkan. Selain itu Kes kehilangan wang berbillion ringgit di Bank Bumiputera masih tidak ada kesudahannya.

Merujuk kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengingatkan hakim bahawa sebuah badan kehakiman yang adil dan saksama hanya boleh diasaskan sekiranya orang awam mempunyai keyakinan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh mempengaruhi keputusan hakim.
Katanya lagi jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul. Mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.
"Malangnya, secara keseluruhan amalan rasuah ini akan menjejas orang awam," kata Zaki dalam ucapannya pada Persidangan Perundangan Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.Persidangan tersebut menghimpunkan tiga institusi -- Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia bagi mendengar pandangan dan harapan masing-masing bagi tahun ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Hakim Singapura, Chan Sek Keong, Ketua Hakim Brunei Darussalam, Datuk Seri Paduka Kifrawi Datuk Paduka Kifli, Ketua Hakim Guam, Robert Torres dan Presiden Persatuan Undang-Undang Singapura, Michael Hwang.

Tahniah kepada Ketua hakim negara yang bercakap secara jelas dan mudah difahami walaupun perlaksanaannya agak kabur dinegara tercinta ini.
Contoh mengenai isu terkini dan mendapat perhatian ramai dan terus menjadi tanda tanya iaitu siapakah MB Perak yang sah. Pertikaian yang panjang sehingga hampir mencecah tempoh setahun nampaknya tidak reda dan terus diperkata apabila Mahkamah Persekutuan yang selesai bersidang pada 5 Nov 2009.

Hampir 3 bulan atau 90 hari 5 hakim mahkamah tersebut masih tidak mampu mengumumkan siapakah MB Perak yang sah. Persoalannya kenapakah waktu yang begitu lama diperlukan untuk mengumumkan siapakah yang menang?
Sedangkan sepatutnya pada hari yang berkenaan keputusan sudah diumumkan. Siapakah yang akan dipersalahkan bila ada yang mempertikaikan dan cuba mengaitkan perkara itu ada kaitan dengan campurtangan dari pihak lain kepada badan kehakiman.
Kalau ucapan Ketua Hakim Negara adalah satu langkah drastik untuk memperbetulkan kepincangan yang berlaku termasuk kes di Perak, saya kira tidak ada langkah yang paling wajar melainkan dia memastikan Mahkamah Persekutuan dengan secepat mungkin mengumumkan siapakah MB Perak yang sah.
Usaha mengantung keputusan Ke MB Perak setelah segala penghujahan telahpun tamat mesti bebas dari pengaruh pihak lain seperti yang diucapkan oleh Tun Zaki.

No comments: