Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 7, 2010

MISTERI KERETA TERBALIK ?


Semua ahli Pakatan Rakyat dan penyokong PR sangat sayang dan ambilberat kesihatan dan kemunculan beliau di mana sahaja.Buktinya hampir semua blog memaparkan kisah kemalangan tersebut waimma blog penyokong BN.
Dari pengamatan teman ada sesuatu telah berlaku pada kereta DS Nizar.Teman betul-betil harap DS kena ada pegawai peribadi yang boleh mengiringi di mana saja waiima tempat berdekatan rumah Dato Seri Nizar. Dari andaian teman kemungkinan pegangan roda ada masalah samada disabotaj atau kebetulan roda mengangkang (andaian teman kerana dah belajar secara teori dengan Pakar Bedah Thailand yang menggemparkan SPRM baru-baru ini).
Teguran ini adalah merangkumi semua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.Ingat! Jangan lupa bahawa DS Nizar amat penting pada Pakatan Rakyat dan penghalang besar pada Barisan Nasional di Perak.Hati-hati Yeop yer ...

4 comments:

ikhqoi said...

Iktibar daripada kemalangan Nizar
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.

Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.

Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).

Adakah ini suatu kebetulan?

Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.

Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.

Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.

Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Anonymous said...

Tak dapat bayangkan kalaulah kereta Camry yang terbalik sendiri tu dipandu oleh Dr Zambry bukannya Nizar.

Dah tentu dah puak2 PAS akan melompat2 mengatakan itu bala dari Allah.


Teruk juga Camry tu...

Gembala katak said...

Setiausaha agung PKR letak jawatan

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

Dah nak semakin hanyut parti PKR ni...mintak simpang tak berjangkit ke PAS.

Jawatan S/U AGUNG...besar ni jawatan tu

guano said...

Pulak dah..

Ketua UMUM PKR DS Anwar Ibrahim dah mengaku dalam Facebook yang dia adalah THE FUTURE PRIME MINISTER OF MALAYSIA (dalam Penerbitan Herald disebut BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA)...

Hebat sungguh PKR, mengalahkan PAS.