Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 8, 2010

SIMPANG MALAIKAT 44 DARI 44 LAGI KLINIK 1MALAYSIA ?

Najib, yang juga Menteri Kewangan, menganggap pencapaian Kementerian Kesihatan mewujudkan 44 klinik dalam masa dua bulan sebagai satu rekod dalam Bajet 2010 kerana sasaran untuk membuka 50 buah klinik 1Malaysia hampir dicapai dalam masa begitu singkat.
"Kita akan buat penilaian, jika mendapat sambutan hangat dan kesan yang begitu baik, saya tidak menolak kemungkinan boleh ditambah lagi. Tapi biarlah kita buat penilaian dulu sebab 50 buah klinik inipun bilangannya begitu besar. Kita juga perlu tentukan keberkesanan klinik dan pendekatan baru, daripada situ kita akan buat ketetapan," katanya.
Najib berkata, kebanyakan Klinik 1Malaysia terletak di kawasan bandar memandangkan di luar bandar terdapat 2,000 Klinik Desa sejak merdeka.
"Untuk 50 klinik, kita peruntukkan RM10 juta, tapi RM10 juta ini bukan untuk bangunan, ini adalah untuk kita buat peralatan dalaman sahaja dan untuk ubat-ubatan," katanya.
Terdahulu semasa berucap, Najib berkata, Klinik 1Malaysia amat menepati konsep 1Malaysia kerana ia benar-benar terbuka kepada semua kaum di negara ini terutama golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, konsep Klinik 1Malaysia yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan bertujuan memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negara ini boleh dinikmati secara adil, saksama dan menyeluruh oleh semua rakyat, sejajar hasrat kerajaan.
"Dan akses untuk perkhidmatan kesihatan sedemikian mestilah pada kos yang paling minimum iaitu RM1, iaitu yang termurah di dunia atau boleh disifatkan sebagai hampir percuma.
"Selain itu, pesakit tidak perlu tunggu lama kerana Klinik 1Malaysia akan memberikan layanan pantas. Dalam keadaan ini, Kementerian Kesihatan mendapat untung kerana boleh mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan asas," katanya.
Perdana Menteri berkata, Klinik 1Malaysia akan beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu dan masa perkhidmatan adalah dari pukul 10 pagi hinggga 10 malam dengan dikendalikan oleh kumpulan paramedik yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih.

Diwaktu yang sama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)mengkritik terhadap kewujudan 50 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara adalah berikutan kebimbangan pendapatan doktor-doktor swasta akan terjejas.

Walaubagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dalam hal ini apa yang lebih penting dan perlu diutamakan oleh kerajaan adalah kebajikan rakyat.
"Tetapi kita akan pastikan ada dialog yang mencukupi antara Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) dengan doktor-doktor daripada MMA untuk memastikan mereka tidak terjejas.

"Para doktor ini sebenarnya bimbang mengenai pendapatan mereka," katanya.

Pada pertengahan Disember lalu, Presiden MMA, Dr. David K.L. Quek mengkritik penubuhan Klinik 1Malaysia yang dianggapnya sama dengan klinik di negara dunia ketiga memandangkan ia diuruskan oleh pembantu perubatan dan jururawat.
Dalam kenyataannya beliau menyifatkan ia merupakan tindakan berundur ke belakang oleh sebuah negara yang progresif menjadikannya setaraf dengan negara yang kekurangan doktor.
Menurut Perdana Menteri, doktor-doktor swasta tidak perlu bimbang terhadap sumber pendapatan mereka kerana Klinik 1Malaysia hanya merawat penyakit-penyakit ringan.

No comments: