Ekoran tindakan biasa Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada rakyat untuk melapor dan bertindak ke atas kecurigaan sekitar penggunaan sumber kerajaan negeri Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini seolah mengugut ingin menyerahkan YBK kepada Majlis Amanah Raya.
Sepatutnya kalau beliau tidak boleh menyempurnakan tugas YBK maka serahkan kepada Kerajaan Negeri bukan tektik kotor menyerah kepada Majlis Amanah Raya yang ramai kenali sebagai Hantu Raya .Kita harus kenal siapa yang mengendalikan Amanh Raya dan siapa di atas Amanah Raya?
Inilah satu tindakan Dato Zainal Sakom yang jijik dan busuk hati sanggup mengenepikan hak rakyat dalam tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah diberi mandat sepenuhnya menerajui Negeri Selangor.
YBK dalam kes tanah 520 ekar (betulkan jika silap) di Serendah memang tidak bertanggungjawab tidak membayar premim tanah malah cukai tanah juga tidak pernah dibayar maka memang wajar Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat mengambil alih dan memajukannya.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah diamanahkan untuk membantu masyarakat miskin berdikari, bertanggungjawab mendorong untuk mendedahkan kertas putih bersabit Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Kertas Putih ini memperinci status segala peruntukan dan hartanah yang disalurkan kerajaan negeri kepada badan itu dari awal penubuhannya.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan itu membolehkan rakyat menilai pengurusan YBK dalam mengendalikan bantuan berjuta-juta ringgit yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
“Saya berasa langkah ini amat baik kerana YBK adalah satu badan ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menolong orang-orang miskin di negeri Selangor.
“Jadi saya rakyat di Selangor perlu memahami apakah fungsi dan ke mana dananya dan juga peranannya,” katanya.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, wang pembayar cukai yang digunakan untuk menghasilkan laporan ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan lain sekiranya pihak YBK tidak menyembunyikan laporan kewangan dari pemantauan kerajaan negeri.
“Kita menekankan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawapan, dalam prinsip ini, YBK tidak selaras oleh kerana itu pimpinan YBK harus akur dan terima keputusan kerajaan negeri serta memberi kerjasama sepenuhnya dan jangan timbulkan perkara yang remeh-temeh,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment