Aik ! SPRM YANG SIASAT ATAU POLIS ? Ini Kes jenayah ke?
SPRM tak cukup kakitangan atau Polis tak cukup kaki dan tangan?
Polis siasat exco S'gor kes peruntukan sekolah Tamil
Polis akan memulakan siasatan terhadap exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar hari ini berkaitan laporan polis yang mendakwa beliau telah menyelewengkan peruntukan RM1.67 juta untuk sekolah Tamil tahun lalu.
Difahamkan pegawai polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang - tempat aduan tersebut dibuat kelmarin - akan menemui Xavier di pejabatnya di Shah Alam pada jam 4 petang ini.
Ahad lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Klang, G Jeganathan mendakwa peruntukan kerajaan untuk menaiktarafkan sekolah telah diberikan kepada tiga NGO, tanpa sebab yang jelas.
Katanya, beliau menerima surat yang ditandatangani oleh semua wakil PIBG yang mendakwa tidak menerima wang peruntukan tersebut.
Xavier dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas keterangannya direkodkan pihak polis petang ini. (Malaysiakini)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment