Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, January 2, 2010
'HAKIM TAK RELEVAN' MATI SAKIT KRONIK
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini pada jam 3.15 petang tadi di Hospital Selayang pada usia 65 tahun. Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama. Berita TV tadi mengatakan beliau sakit kronik.
Kesimpulannya rakyat dapat saksikan dan ketahui ramai yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan DSAI pada tahun 1998 itu ditimpa pelbagai sakit misteri .
Jika kita masih ingat lagi apa yang berlaku kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, Rahim Noor,Dr. Qistina, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin. Adakah kita masih anggap semua kejadian ini secara kebetulan.
Antara Jasa Mendiang masih Dipersoalkan rakyat ialah :-
1. Menjatuhkan hukuman bersalah kepada Datuk Seri Anwar pada 14 April 1999 dalam satu perbicaraan yang mencipta rekod dunia perkataan 'tak relevan' paling banyak diucapkan di mana-mana mahkamah dunia. Hukuman itu berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwat yang menyebabkan Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selama 6 tahun.
2. Satu-satunya hakim dalam dunia yang membenarkan tilam bertompok-tompok dijadikan bahan bukti DNA Anwar walaupun dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.
3. Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut sambil batuk-batuk ala iklan gula Hacks.
4. Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini dan mungkin terpanjang di dunia.
5. Mengenang jasa-jasanya maka Agustine menerima kenaikan pangkat dari Pesuruhjaya kehakiman ke jawatan Hakim Mahkamah Tinggi 1998, Hakim Mahkamah Rayuan 2003 dan Mahkamah Persekutuan 2005.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum
Kematian adalah revelan dengan takdir allah keatas manusia.Semoga yang hidup mengambil pengajarannya dan kepalsuan akhirnya lenyap dengan penganutnya bila kebenaran terserlah.
Jgn sampai malu 7 keturunan kerana menolong kebatilan.
Post a Comment