Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 2, 2010

SPRM CUBA PENGAPKAN LAPORAN BEDAH TEOH 2 ALA LAPORAN BUKIT ANTARABANGSA

PENGAP SIMPAN PENGAP SIMPAN PENGAP SEOLAH-OLAH RAKYAT MALAYSIA BENGAP ?
Kita baru-baru ini dapat menyaksikan perangai Kerajaan BN dan SPRM yang berjaya menyimpan atau memengapkan laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa selama setahun, namun bula Kerajaan Pakatan Rakyat mahu mengemukakan laporan dan perinciannya kepada rakyat ,BN cuba membidas kununnya ada pihak membocorkan rahsia laporan tersebut.
Kenapalah bengap BN ini,kita bukan mempertikaikan laporan dibocorkan cuma kita persoalkan kenapa LAPORAN ITU PERLU SIMPAN SETAHUN? Kalau hari tu tiada bantahan sudah pasti laporan tersebut akan terus dipengapkan.

Memang wajar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan SRPM membuat laporan polis terhadap pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand sebagai cubaan untuk menutup kebenaran mengenai kematian Teoh Beng Hock.
Guan Eng yang juga ketua menteri pulau pinang melihat tindakan SPRM itu sebagai cubaan memberikan tekanan terhadap pakar patalogi berkenaan yang hadir pada bedah siasat kedua ke atas mendiang pada November lalu.
Guan Eng hairan malah ramai rakyat celik info lebih pelik bila SPRM nekad membuat laporan polis terhadap seorang pakar patologi yang hanya menjalankan tugasnya.
Guan Eng sendiri menjadi sasaran pihak berkuasa apabila beliau merujuk kepada keterangan Dr Pornthip di mahkamah yang mendakwa ada kemungkinan hingga 80 peratus Beng Hock mati dibunuh.
"Saya terkejut apabila mendapat tahu SPRM membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip yang hanya berada di sini untuk menjalankan tugas bagi mencari kebenaran," kata Guan Eng.
Dua pegawai SPRM membuat laporan di ibu pejabat polis Shah Alam terhadap Dr Porntip kerana kononnya beliau membocorkan maklumat hasil siasatan bedah siasat kali kedua Beng Hock.
Laporan polis juga dibuat terhadap akhbar Suara Keadilan yang memetik sumber-sumber sebagai berkata Pornthip menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menyokong teori bahawa Beng Hock dibunuh.
Sebelum ini Dr Pornthip menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.
Kenyataannya pada inkues kematian Beng Hock itu membawa kepada mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.
Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan. Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.

No comments: