Assalamualaikum
Kesan dari pengaliran keluar modal pelabur asing dari negara kita yang tersiar didalam UBS Invesment Research diSwitzerland adalah satu cerita buruk bagi ekonomi makro negara kita kerana ia boleh mendatang impak yang besar antaranya kepada pendapatan negara,mewujudkan inflasi,menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi,kadar penganguran dan daya kekuatan pembayaran negara(internasional).Pengawalan dan usaha-usaha untuk mengurangkan atau menyekat dari pengaliran modal ini perlulah dibuat oleh kerajaan 1malaysia(BN) dengan segera.Jika tidak atau buat-buat tak tahu atau jangan perduli apa yang disiarkan oleh agensi tadi boleh membawa kepada keparahan ekonomi negara kita.Semuanya boleh diatasi didalam bentuk kestabilan, baik ekonomi makro dan mikro,penggalakan pelabur asing,kestabilan politik dan keamanan negara adalah datang dari pemerintah yang kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat.Pakatan rakyat adalah satu front yang berwibawa dan kadar sokongan dari rakyat makin meningkat dan bersedia merintah negara dan sekaligus dapat mengatasi masalah yang besar tadi.Mengapa lambat sangat tarikh PRU13 itu ye
KC Pasbs2
Labuan
No comments:
Post a Comment