Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, January 19, 2010
APA MAKNA UMUR 70 TAHUN DIUTAMAKAN TABUNG HAJI?
Teman teringat pada 15 Januari 2010 yang lalu bila rakan teman singgah di kaunter Tabung Haji di Segamat sebab ada urusan dan teman tunggu di kereta.Setibanya beliau selesai urusan dan balik ke kereta beliau beritahu terkini sesiapa yang nak pergi menunaikan haji hanya akan dapat tarikh pada 2030.Pada seiapa yang prihatin mesti terkejut.Bayangkan kalau umur 40 tahun sekarang maka pada 2030 dah jadi 60 tahun.
Kalau Tabung Haji utamakan yang berumur 70 tahun maka 2040 baru boleh dapat pergi.
Itu satu isu, yang teman nak Tabung Haji berkongsi rahsia dengan teman dan rakyat Malaysia ialah berapa banyak kuota pakej berbanding pakej biasa atau muasasah?
Kenapa tak tambah quota Muasasah ?kan ramai rakyat Marhein yang perlu diutamakan ? Kenapa sebab bisnis Tabung Haji sanggup kekalkan kuota Pakej Mahal dan terus beri orang yang dah pergi haji diberi tempat di kala rakyat pakej biasa tidak mencukupi.
Untuk makluman Pakej mahal samapi sekali ganda mudah diperolehi, anda siapkan duit saja insyallah Tabung Haji akan sediakan.Ingatlah Tabung Haji jangan sebab nak sangat pergi haji sampai guna kabel dan hulur duit sudahlah!Ini Ibadah jangan sampai berkait rasuah!
Tabung Haji memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 70 tahun ke atas untuk menunaikan fardu haji pada musim depan bagi mengelak kumpulan berkenaan dibebani keuzuran ketika menjalani ibadat itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tindakan itu juga bertujuan mengelak lebih ramai pemohon terpaksa menunggu terlalu lama, apatah lagi dengan senarai menunggu yang kini mencecah puluhan ribu.
Katanya, semakan rekod Tabung Haji menunjukkan lebih 25,000 pemohon berada dalam senarai menunggu dan jumlah itu tidak termasuk permohonan baru yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
“Kita juga sedang berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapat penambahan kuota sementara, iaitu bagi tempoh tiga hingga empat tahun untuk menyelesaikan masalah senarai menunggu.
“Jika rundingan berhasil, bukan saja masalah senarai menunggu atau penantian terlalu lama bakal jemaah haji dapat diselesaikan, malah isu jemaah menunaikan haji dalam kelompok tercicir juga dapat ditangani,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Permuafakatan Sehari Bersama Warga Felda Teloi Kanan, dekat Kuala Ketil, di sini.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Jamil berkata, masyarakat berbilang kaum perlu menyokong konsep muafakat di kampung atau kawasan perumahan dalam usaha merealisasikan konsep 1Malaysia.
Katanya, permuafakatan itu mampu menolak sebarang agenda jahat yang bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan amalan itu yang diwarisi sejak sekian lama perlu dipertahankan.
"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sukar menjadi kenyataan kerana rakyat semua kaum sudah biasa hidup dengan mengamalkan konsep muafakat," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment