Bagi yang masih ingat tentu terngiang-ngiang peristiwa pembunuhan kerana merebut jawatan politik, iaitu pembunuhan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Mohd Taha yang juga ADUN Gemenceh. Yang disabitkan sebagai salah seorang pembunuhnya adalah pemimpin muda Umno ketika itu dan Menteri Kebudayaan dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim.
Kini kes pembunuhan ngeri berlaku di Gemenceh juga yang kemungkinan besar bukan bermotifkan politik namun masih dalam penyiasatan Polis.
Yang sedihnya seorang Datuk dan termasuk 3 ahli keluarganya dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di
Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh semalam.
Mereka ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata mayat keempat-empat mereka ditemui pada kira-kira pukul 3.30 petang oleh adik Siti Khatijah yang baru pulang dari sekolah.
“Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.
“Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Beliau berkata polis menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu di sekitar kawasan rumah terbabit.
“Polis percaya serangan itu berlaku pada sebelah pagi dan kami akan berusaha memastikan mereka mendapat pembelaan. Ia perbuatan kejam yang berlaku dalam sebuah keluarga,” katanya.
Osman berkata polis kini mencari cucu lelaki imam itu yang dikenali sebagai Rashidi Ismail, 34, dengan nombor kad pengenalan 760315-05-5025 bagi membantu siasatan.
Lelaki itu didapati hilang bersama motosikal Suzuki berwarna biru bernombor plat BAY 2805, katanya.
Sementara itu ketua kampung Bukit Rokan, Jamaluddin Biee berkata imam berkenaan tinggal di kawasan yang agak terpencil dalam kawasan ladang getah itu, bersebelahan dengan rumah menantunya.
Kes pembunuhan itu menggemparkan penduduk berdekatan menyebabkan ratusan orang sanggup berhujan dan berjalan sejauh 300 meter dari jalan raya melalui kawasan ladang getah dan belukar yang gelap gelita untuk ke tempat kejadian.
Unit anjing k9 dan pasukan forensik dari Seremban berada di tempat kejadian.
- Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
janganlah mempolitikkan pekara2 sebegini tanpa usul periksa... ternyata yang bunuh cucunya sendiri dan dalam perbicaraan.... kerana mulut iman binasa....
Post a Comment