Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 6, 2010

TIBA MASA AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR GUNA KEMUDAHAN INTERNET DENGAN RAKYATNYA WALAUPUN TAK JADI DUTA AMERIKA SYARIKAT

Komen : Ahli PArlimen Hulu Selangor lebih efisyen jika guna kemudahan internet seperti Facebook,skype dan TV conference melalui skrin komputer dalam memberi tugas terbaik kepada rakyatnya.Ini lebih praktikal semasa beliau dalam rawatan rutin.Cara ini lebih baik dibandingkan dengan Ahli Parlimen Rompin, Pahang yang begitu tamak dengan waktu yang sama memegang jawatan Duta Amerika Syarikat di sana yang jaraknya beribu-ribu batu jauhnya.Tetapi dalam kes Datuk Dr Zainal(Ahli Parlimen Hulu Selangor) ini , beliau bila-bila masa boleh menziarahi dan membuatlawatan kerja bila beliau sudah sihat.

Hulu Selangor : YB Dr Zainal tak pernah nampak…tapi tak mau lagi calon MIC

Saya ingin merujuk kepada artikel dalam Agendadaily bertajuk “ Jadi ke Anwar umum Dr. Zainal letak jawatan malam ini? oleh saudara Roslan Bian.
Sebenarnya jika PKR benar-benar ikhlas dengan prinsip mereka berjuang untuk rakyat, wakil Parlimen mereka bagi Hulu Selangor sepatutnya sudah lama letak jawatan. Tapi biasalah dengan orang politik terutama dari parti pembangkang. Kalau cakap memang tak ada salahnya, semuanya cantik belaka tapi bila masa nak mempraktikan apa yang dilaungkan, hampeh.
Wakil Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad memang sudah lama tidak kelihatan bayangnya di Hulu Selangor ini. Sebagai pengundi kami tidak pernah melihat kelibat beliau sejak beliau memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor. Yang ada cuma poster beliau yang begitu gah di simpang lampu trafik di Sg. Choh setiap kali menjelangnya hari perayaan. Bolehlah kami simpulkan bahawa YB kami ini sejak jadi wakil parlimen kami telah tidak menjalankan tugas bagi menjaga kebajikan rakyat, dengan kata lain beliau makan gaji buta!
Sebelum penyokong totok PR (PKR dan PAS) mengutuk saya habis-habisan, maka saya ingin mengingatkan bahawa hakikat iaitu kejayaan Dato Dr. Zainal berjaya menumbangkan Dato G. Palanivel dari BN di pilihanraya umum yang lepas adalah kerana sokongan dari penyokong BN terutama ahli dan penyokong UMNO yang telah memberikan undi kepada beliau. Penyokong-penyokong UMNO ini telah mengundi semua 3 ADUN BN (yang menang ketiga-tiga DUN masing-masing dengan kelebihan undi selesa) tetapi telah memberikan undi mereka kepad Dato Dr. Zainal bagi kerusi parlimen kerana menolak wakil MIC sebagai calon di kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Ahli-ahli UMNO sudah muak dengan kerusi Parlimen Hulu Selangor sejak beberapa tahun dulu ditandangi oleh wakil dari MCA, Gerakan mahupun MIC. Tambahan pula kami melihat dengan mata kami sendiri bagaimana masyarakat India Hulu Selangor telah menolak kepimpinan Dato G. Palanivel. Kalau kaum India sendiri telah menolak beliau, kenapa mesti orang Melayu pula memberikan undi kepada beliau? Ahli-ahli UMNO juga masih terhiris hati dengan isu Hindraf dan mereka melihat Dato G Palanivel tidak pun bersuara untuk menangkis tuduhan Hindraf tersebut secara terbuka. Atau apakah Dato G setuju seratus peratus dengan tuduhan-tuduhan Hindraf terhadap UMNO?Jadi jika Dato G. nak “main selamat’, kenapa orang Melayu pula mesti mengorbankan undi mereka untuk memenangkan beliau?
Sejak kebelakangan ini ahli-ahli UMNO di Bahagian Hulu Selangor sudah dapat mengesan aktiviti “pasang badan” oleh Dato G Palanivel. Mungkin beliau sedang melobi untuk diangkat sebagai calon bagi kerusi Hulu Selangor semula. Kepimpinan UMNO Hulu Selangor dan juga UMNO Malaysia perlu diingatkan akan akibat meletakan calon bukan UMNO sebagai wakil BN dalam pilihanraya kecil nanti. Jangan pisang berbuah dua kali. Harapan seluruh ahli UMNO semoga kerusi parlimen Hulu Selangor kembali kepada BN semula. Bagi Dato’ G, hantar saja dia balik ke Pulau Pinang dan buat perhitungan dengan YB Lim Guan Eng.

Ahli UMNO Bukit Sentosa

http://www.bernama.com/bernama/v5/news_lite.php?id=432935
Jamaluddin Guna Internet Dengar Masalah Penduduk Rompin Ketika Di AS

ROMPIN, 14 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis yang dilantik sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan kemudahan Internet untuk berhubung dengan penduduk Rompin ketika beliau berada di AS.
Katanya pelantikan beliau itu tidak bermakna beliau akan mengabaikan kebajikan pengundi di Rompin dan boleh mendengar dan menyelesaikan masalah mereka melalui Internet.

"Insya Allah saya tidak akan abaikan pengundi...dan mewujudkan laman web sendiri untuk berhubung dengan mereka di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah zakat Affin Islamic Bank Berhad dan wang zakat perniagaan Teras Dara Konsortium Sdn Bhd kepada golongan miskin di Kampung Rekoh Baru di sini Jumaat.

Jamaluddin berkata beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Telekom Malaysia untuk mewujudkan stesen bergerak dan klinik maya bagi membolehkan beliau berinteraksi dengan penduduk pada waktu yang ditetapkan.

Selain itu katanya, beliau turut merancang untuk pulang dua bulan sekali bagi berjumpa penduduk dan menyelesaikan masalah mereka.

"Saya juga akan balik bila sesi Parlimen (Dewan Rakyat) bersidang dijadual tiga bulan sekali dan juga kalau ada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Umno, saya akan ambil cuti untuk pulang menghadirinya sekiranya perlu," katanya.

Jamaluddin yang merupakan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau juga berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk pembangkang yang menyuarakan kebimbangan mengenai pelantikannya itu akan menyebabkan penduduk Rompin terabai.

Mengenai peranan beliau sebagai duta bertaraf menteri, Jamaluddin berkata antara tugas utama beliau di AS ialah untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara selain menarik kedatangan lebih ramai pelabur dan perpindahan teknologi baru dari AS ke Malaysia.
"Perdana Menteri meminta saya menggunakan kedudukan saya sebagai duta bertaraf menteri untuk berjumpa pelabur-pelabur, senator-senator di sana dan menjemput mereka ke Malaysia," katanya.
Menurutnya, kejayaan menarik kemasukan lebih ramai pelabur dan perpindahan teknologi baru dari AS ke Malaysia nanti akan menyumbang pelbagai manfaat kepada negara dan rakyat.
-- BERNAMA
http://www.dpprompin.com/2009/12/jj-guna-sidang-video-dengan-orang-asli.html

No comments: