Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 28, 2010

ALHAMDULILLAH RAKYAT SABAH AKAN UBAH : HISHAMUDIN

KENINGAU : Yang Dipertua PAS Kawasan Keningau, Hishamuddin Sulaiman yakin PAS semakin mendapat sambutan daripada masyarakat Sabah berikutan kegagalan Barisan Nasional membawa masyarakat disini kepada taraf hidup yang baik.

Beliau berkata demikian sewaktu dalam rangka lawatan ke kampung-kampung sekitar Daerah Sook untuk menyampaikan sumbangan turut melahirkan rasa simpati dengan nasib masyarakat disini yang masih belum mendapat kemudahan asas yang sepatutnya seperti kemudahan jalan raya, air dan elektrik walaupun sudah 50 tahun merdeka.

Baru-baru ini, PAS Kawasan Keningau bersama 15 orang terdiri daripada Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu dan beberapa orang exco Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah turun ke Kampung Mansiat dan Sinua untuk menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan seharian.
Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam dari Pekan Kecil Sook diburukkan lagi dengan keadaan jalan yang tidak berturap sangat menyukarkan perhubungan antara penduduk kampung dengan Pekan Kecil Sook.
Menurut seorang tenaga pengajar yang telah berkhidmat selama 3 tahun di sini, keadaan jalan akan bertambah buruk apabila hujan lebat menyebabkan jalan raya disini hanya dapat dilalui oleh kereta pacuan empat roda.
Hishamudin menegaskan, rakyat perlu faham bahawa tanggungjawab sebagai pemimpin sebaik saja dilantik iaitu menyediakan keperluan asas seperti kemudahan jalan raya, air dan elektrik kepada rakyat.
“Jika kemudahan asas ini pun tidak mampu disediakan, jangan berbohong kepada rakyat dengan menabur janji-janji manis setiap kali pilihanraya semakin hampir”, ujar beliau sewaktu menyampaikan ucapan aluan dalam majlis tersebut.

Pada majlis yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, tujuan PAS turun kepada masyarakat disini adalah untuk memperkenalkan PAS dan perjuangannya.
“Media yang dikuasai oleh Barisan Nasional selama ini telah memberikan imej yang buruk kepada PAS menyebabkan masyarakat tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai perjuangan PAS,” ujarnya.
Beliau yakin, sebagaimana PAS diterima oleh semua kaum dan agama di Semenanjung, PAS juga akan diterima oleh pelbagai suku kaum dan agama di Sabah sedikit masa lagi.
Sementara itu, Pengerusi Surau Kg. Mansiat, Ustaz Radzi berkata, hampir 20 tahun kerajaan barisan nasional menjanjikan jalan raya berturap masuk ke kampung mereka, namun sehingga sekarang belum ada tanda-tanda janji tersebut akan dikotakan.
Menurutnya lagi, penduduk kampung disini kecewa dengan sikap pemimpin Barisan Nasional yang tidak memperdulikan nasib mereka sebagai majoriti umat Islam.
Katanya, Ahli Jawatankuasa surau ini sudah beberapa tahun memohon agar surau di kampung dibaik pulih memandangkan strukturnya sudah agak rapuh dan sudah tidak boleh menampung jumlah ahli jamaah yang semakin ramai namun belum ada jawapan yang diberikan kepada penduduk kampung.
Pada majlis tersebut juga, sebanyak 30 borang keahlian PAS di serahkan kepada Dr. Daeng Sanusi sebagai tanda sokongan dan kepercayaan masyarakat disini kepada PAS.