SHAH ALAM, 27 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib Hasiman Sidom didapati menyalahgunakan wang peruntukan buat penduduk Morib untuk membiayai kempen pilihanrayanya dalam PRU12 lalu.
Beliau didapati membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 ribu yang diagih-agihkan kepada 30 Ketua Cawangan Umno di Dun Morib, serta RM60 ribu lagi untuk perbelanjaan Pemuda dan Puteri Umno kawasannya.
Perkara ini didedahkan panel Selcat, Azmin Ali di Pendengaran Awam Selcat, hari ini.
“Bagi ADUN Morib, YB Hasiman Sidom daripada RM500 ribu, RM120 ribu diserahkan kepada Umno bahagian, Pemuda dan Puteri 60 ribu, cawangan-cawangan Umno sebanyak RM30 ribu, RM60 ribu juga, makna dari RM500 ribu, lebih 1/5 diserahkan kepada Umno,”katanya.
Hasiman Sidom dilaporkan turut menggesa Asmawi membenarkan wang rakyat Morib dibelanjakan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Umno di 16 pusat daerah mengundi.
Selcat juga diberitahu sejumlah RM25 ribu disalahguna untuk kerja-kerja pengubahsuaian Pusat Khidmat Rakyat.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila kesemua cek pembayaran yang dibuat atas nama pemimpin Umno itu habis digunakan dalam masa sesingkat 1 bulan setengah.
“Maknanya kalau apa-apa pembayaran itu tuntutan itu dibuat mengikut peraturan kita bayar, cuma penerimanya sama ada Umno atau bukan saya rasa bukan tanggungjawab saya, maknanya patutnya wakil rakyat kena tentukan sendiri kebanyakan penerima-penerima adalah orang tempatan situ, cuma nama jer mungkin Umno, tapi mungkin penerimanya yang sebenarnya yang mendapat faedah tak semestinya orang Umno,”jelasnya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment