Petikan-petikan berita metro dan lain-lain berkaitan aktiviti terkutuk, cabul dan seks yang dilakukan oleh rakyat Malaysia cukup membimbangkan. Ia datang dari pelbagai jenis kumpulan, tua, muda mat rempit, muda pelajar sekolah, muda mahasiswa dan pelbagai lagi. Belum lagi dicampur dengan pelbagai pengakuan dan permintaan nasihat oleh individu yang terlibat kepada saya melalui email saya dan web saya (http://www.zaharuddin.net/).
Semuanya mengejutkan, dan hampir setiap hari boleh terkejut dengan email-email yang tak pernah terfikir kita. Saya telah katakan beberapa kali di blog saya, peningkatan gejala yang amat merbahaya dan semakin merebak di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia. Hasilnya antara penyakit terbesar di kalangan rakyat Malaysia adalah gejala terlalu cintakan harta dan wang (sehingga dengan mudah boleh ditipu melalui pelbagai cara) serta terlalu asyik dengan kegilaan seks bebas. Jika tidak dikawal segera, ia bakal menjadi punca kehancuran dan kerobohan masyarakat.
Usaha tegas dari semua pihak perlu dilakukan, antara yang paling mudah adalah dengan menyekat seluruh web lucah sebagaimana sekatan dibuat ke atas web pelaburan haram internet. Dilaporkan sebanyak 33 juta web lucah boelh diakses di Malaysia hari ini, sekatan boleh dimulakan dengan menamatkan akses bagi setiap web-web lucah keluaran Malaysia sebagaimana yang dilaporkan di akhbar beberapa bulan yang lalu.
Mungkin akan ada penggemar-penggemar web site ini yang ‘kurang puas hati’ kerana tindakan ini boleh menyekat ‘keseronokan’ haram mereka, tetapi sedarkah mereka, kemungkinan besar anak dan ahli keluarga mereka juga boleh menjadi mangsa tindakan cabul dan jahat individu buas di luar sana.
Editor Media Massa
Media massa terutamanya majalah yang menjadikan bahan berita dan cerita seks sebagai pelarisnya mesti ditarik semula permitnya. Saya merasa pelik memikirkan bagaimana seorang manusia yang bernama editor ini boleh dengan bangganya menjual majalah sedemikian. Tidakkah mereka terfikir tentang anak perempuan dan ahli keluarga mereka yang mungkin juga bakal menjadi mangsa akibat majalah keluaran mereka sendiri.? Apa yang dapat saya fahami adalah, semuanya kerana harta. Iaitu ingin mearih jualan terbanyak dan dianggap cemerlang oleh pemilik media kerana mampu melonjakkan jualan. Tidak kira lonjakan itu membawa celaka buat rakyat ataupun tidak.
Benarlah kata Rasulullah SAW berkenaan berlumba-lumbanya manusia mencari harta dunia, apabila sudah berlumba, sudah tentu dilanggarnya yang haram juga:-
Tiadalah kefaqiran yang aku bimbang menimpa umatku, tetapi yang palig ku takuti adalah umatku dibentangkan harta dunia sebagaimana yang pernah diperolehi oleh umat sebelum kamu, maka ia menyebabkan kamu berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga pernah berlumba-lumba, dan akhirnya menghancurkan mereka sebagaimana ia akan menghancurkan kamu juga” ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1152 )
Nabi SAW mengaitkan ke’gila’an kepada harta akan membawa kehancuran kepada diri seseorang. Lihat sahaja pengedar dadah yang ingin kaya, sehingga sanggup menggadaikan nyawanya, semuanya kerana dirasuk oleh virus cintakan harta yang amat tinggi. Tiada lagi fikir kesan negatifnya kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan lain-lain. Nabi juga pernah menyebut tabiat rakus ini dengan kata baginda :-
Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Sukar juga dapat difikirkan bagaimana ada wanita yang telah begitu hilang malunya sehingga sanggup muncul di web dan media dengan gaya yang terkutuk. Tidakkah para wanita pernah rasa terhina apabila dipromosi tubuhnya semacam barang dagangan dan disamatarafkan dengan iklan sabun pencuci lantai tandas?.
Teringat saya kata-kata Khalifah Umar al-Khattab berkenaan tahap wanita di zaman Jahiliyah dengan katanya :-
Ertinya : Ketika kami di waktu Jahiliyyah, kami tidak mengganggap ada apa-apa nilai (kecuali untuk dipergunakan) pada diri seseorang wanita itu, tatkala datangnya Islam dan Allah menyebut perihal wanita, maka kami tahu terdapat hak kemuliaan pada wanita yang perlu diambil kira” ( Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Libas)
Walaubagaimanapun, wanita hari ini kelihatan semakin suka untuk merendahkan kembali tahap mereka seperti zaman Jahiliyah. Islam ingin memuliakan dan menaikkan taraf mereka, tetapi mereka pula enggan. Ia dibuktikan dengan memurah-murahkan nilai tubuh mereka untuk tontonan awam.
“Makanan yang enak, jika tidak disimpan elok-elok memang cepat basi” Kata seorang guru saya mengisyaratkan kegagalan wanita menjaga kehormatan diri mereka.
Malangnya, semakin ramai wanita yang semakin suka menjadi basi ?.Lelaki basi jugalah yang akan mengambil mereka sebagai isteri. Lelaki basi tidak akan memegang lama seorang wanita basi, lalu penceraian menjadi keutamaan. Akhirnya jadilah wanita seperti pekakas mainan, digunakan sebentar dan dibuang kemudiannya.
Tersilap Pilih Kemajuan
Ramai yang terpengaruh dengan acuan barat dalam menilai kemajuan sesuatu kemajuan, lalu setiap perlakuan wanita dan lelaki barat dijadikan sebagai ‘standard’ kemajuan diri. Tersesatlah mereka dari jalan keredhaan Allah. Tiada lagi Islam dalam kamus diri tatkala itu, keredhaan Allah dan Rasulnya, yang ada hanyalah kebanggaan kerana berjaya meniru barat dan ‘maju’, hakikatnya amat mundur di sisi Allah SWT.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaiku
Baru-baru ini teman berjumpa kawan lama teman diwaktu dizaman budak-budak.Dimajlis perkahwinan anak abang ipar teman di utara Perak.Orangnya mesra dia ini anak kepada bekas Menteri besar Perak banyaklah cerita-cerita flash back,seronoknya dibuatnya.Dalam sembang-sembang itu ia bagi tahu beliau menjadi ketua cawangan Umno kampong ini lalu ditunjuk akan ketua wanita dan setiausahanya,teman hanya senyum hormat.Tapi yang kagumnya beliau sendiri mengatakan UMNO ini dah teruk ada kroni tak macam dulu,sewaktu teman dengan dia main guli dan basikal kecil.Jadi teman haraplah ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli atas pagar fikirlah banyak-banyak dan renunglah jangan lagi tinggal dalam parti UMNO ini,biorlah pilih parti Pas atau yang ada dalam Pakatan rakyat.
Nasihat yang baik dan sangat relevan masakini dan rakyat atas pagar dan ahli UMNO sendiri harus ambil ingatan dan lakukan perubahan untuk kebaikan diri sendir ,keluarga dan negeri serta negara yang tercinta.
Post a Comment