Komen Teman : Wahai Tan Sri Nazri ! kamu kena keluar UMNO sekali pun tak terbanding dengan Tun Mahathir dah 3 kali.Pertama,pada Tahun 1969 Tun M dipecat dari UMNO.Kedua, tahun 1988 UMNO diharamkan ,masa tu teman masih UMNO kena isi borang semula...bermakna UMNO sekarang sebenarnya bermula dari 1988 bukan dah 50 tahun,faham? Ketiga pada tahun Mei, 2008 Tun Mahthir keluar sendiri dari UMNO dan masuk semula tak lam dari itu.Memang Tun Mahathir buat rekod , keluar UMNO tebanyak etakat ini,tiada siapa yang boleh tandingi beliau.
Dia bantai kami lebih teruk dari Pembangkang !
“SEMASA era Tun Abdullah, semua benda tak kena, tetapi beliau (Tun Abdullah) seorang gentleman, dia tidak bertegang leher. Sekarang dengan Najib, ada benda yang tak kena. Adakah dia hendak menjadi Perdana Menteri (sekali lagi)?” itu soalan yang dilontarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Nazri berkata begitu semasa melepaskan satu lagi ‘serangan’ ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kali ini disifatkannya sebagai ‘bapa segala racist’. Nazri sebelum ini menyifatkan Mahathir sebagai racist kerana bekas Perdana Menteri itu berkata modul kursus-kursus Biro Tindakan Negara (BTN) tidak perlu dirombak, berbeza dengan apa yang diputuskan oleh kabinet.
Mahathir memberi reaksi balas dengan berkata, Nazri sepatutnya meletakkan jawatan sebab beliau sendiri (Nazri) menganggotai UMNO, sebuah parti racist.
“Dia berkata saya di dalam parti racist, jadi secara langsung dia mengesahkan apa yang saya kata mengenai dirinya. Kalau dia kata saya dalam parti racist sebab saya ahli UMNO, dia pula tentulah bapa segala racist, dia presiden UMNO selama 22 tahun,” kata Nazri.
Nazri turut berkata, Mahathir ‘memberitahu kami, anda mesti menyokong kerajaan. Dia seorang PM yang ‘perfect’ dan saya tidak persoalkan itu. Hanya selepas bersara, dia menyerang kami. Apa yang dia buat sekarang? Kami semua menyokong dia dalam setiap keadaan dan selepas bersara, dia menyerang kami lebih teruk daripada pembangkang.”
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment