Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 18, 2009

UMNO PERAK NAK PINDAHKAN SEKOLAH,TANAH UNTUK BUAT PROJEK

Sekolah Izuddin Shah dan Sekolah Taayah sudah ramai melahirkan anak-anak dengan akhlak yang tinggi dengan berteraskan agama. Tetapi dengan sikap gelojoh kerajaan kudeta Perak, mereka cuba kali kedua untuk merampas sekolah tersebut.

Sekolah Izuddin Shah adalah sekolah agama lelaki dan Sekolah Taayah adalah sekolah agama perempuan yang mana pelajarnya adalah 100% Melayu Islam. Walaupun ianya sekolah milik kerajaan negeri, apakah bijak ianya dipindahkan. Semata-mata kerana mempunyai agenda yang tersembunyi, kerana itulah ianya cuba dipindahkan oleh kerajaan kudeta Zambry.
Dimanakah blogger-blogger BPN untuk mempertahankan sekolah-sekolah tersebut. Itulah sikap pemimpin Umno yang berfahaman sekular, bagi mereka ianya halal sekiranya ia membawa keuntungan. Oleh kerana sekolah tersebut berada didalam kawasan bandar, tidak dinafikan tanahnya bernilai tinggi.
Kerana itulah kerajaan kudeta beriya-iya merampasnya untuk dibangunkan menjadi kawasan elit yang pasti orang Melayu tidak mampu memilikinya. Lihatlah betapa jahatnya niat Umno yang berpaksikan keduniaan semata-mata.
Setelah cubaan pertamanya tidak berjaya semasa era Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar kerana mendapat tentangan penduduk setempat. Sekarang mereka membuat cubaan kedua untuk merampasnya dengan didalangi oleh kerajaan kudeta Zambry.
Inikah maknanya slogan One Malaysia yang banyak memesongkan orang Melayu, agar Islam semakin kuat dipinggirkan dari pemikiran orang Melayu. Dengan memundurkan orang Melayu, senanglah Umno untuk menjaja agenda mereka.
Itulah Umno yang kaya dengan slogan, daripada era Mahathir dengan slogan 'penerapan nilai-nilai Islam' kepada 'Islam hadhari' semasa zaman Pak Lah. Sekarang ini pula era Najib dengan 'One Malaysia'nya, dengan ucapan salam one Malaysia mengantikan 'Assalamualaikum'.

1 comment:

Broker Tanah Kubur said...

Kalau tak buat PROJEK TERBENGKALAI.. nanti duit tak masuk poket..tanah di Perak..lebih2 lagi kat IPOH..swmua sudah dijual kat ORANG MELAYU kot..sebab UMNO Pejuang Melayu..

Jadi tanah SEKOLAH MELAYU ISLAM pulak lah jadi mangsa..pi mai pi mai..TANAH ISLAM MELAYU jugak jadi mangsa..