Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 18, 2009

PENYELARAS MASJID DITUKAR GARA-GARA UMNO GAGAL MENGUASAI AJK MASJID KINI MEREKA DAPAT SURAU UNTUK SOLAT JUMAAT



UMNO ingin menjadikan tindakan UMNO PERAK sebagai idola mereka bilamana cara Merampas Pentadbiran Perak , cara merampas Speaker dan kini cara merampas jawatan ajk masjid di Perak. UMNO Hulu Selangor proaktif macam kesan radioaktif berjaya dalam mempengaruhi JAIS dan MAIS di mana Penyelaras Masjid Hulu Selangor kununnya tidak disambung tetapi ditukar dengan penyelaras yang baru.Semuanya ini adalah kerana dendam kesumat UMNO bilamana mereka gagal dalam menguasai masjid dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Pakatan Rakyat dengan cara pemilihan oleh kariah.
Untuk membasuh 'MALU' , UMNO Hulu Selangor menjadikan Penyelaras Masjid tersebut sebagai kambing hitam mereka.
UMNO menyedari hubungan masyarakat melayu islam dengan masjid. Walaupun mereka paling malas walau seminggu sekali ke masjid namun selera ghairah untuk mendapatkan jawatan ajk masjid amat dicitakan oleh mereka.
Terkini dalam diam UMNO Hulu Selangor khususnya di DUN Batangkali , mereka telah berjaya memperoleh kebenaran untuk Solat Jumaat bagi surau Al-Bayan di Bukit Beruntung berhampiran Bandar Bukit Sentosa dan tidak jauh dari Masjid As-Salam Bukit Sentosa.
Secara umum memang kita setuju banyak surau dinaiktaraf untuk Solat Jumaat tapi sebagai keutamaan Surau Al-Mutaqin di Bukit Sentosa 2 atau Surau Saidina Ali yang sepatutnya diluluskan dahulu kerana penduduk Bukit Sentosa 2 harus diutamakan atas alasan jaraknya hampir 3 km dari Masjid As-Salam.Bukit Sentosa 2 telah mempunyai pertambahan penduduk yang ketara yang meliputi Taman,Anggerik 1,2,3,4,5, Taman Seroja 1,2,3 ,Taman Kemboja,Taman Widuri,Taman Bakawali,Taman Telipot dan Taman Kesumba.Malah di Bukit Sentosa 2 terdapat sebuah sekolah Kebangsaan dan sebuah sekolah menengah dan beberapa sekolah agama rendah.
Berbalik pada surau Al-Bayan tadi, kenapa diluluskan untuk solat Jumaat sedangkan Surau Saidina Ali telah diluluskan untuk didirikan masjid kedua selepas Masjid As-Salam? Kenapa tidak surau Saidina Ali dinaiktaraf untuk Solat Jumaat sementara Masjid baru dalam proses dibina.Kalau Saidina tidak cukup selesa maka surau Al-Mutaqin boleh digunakan untuk Jumaat.
Untuk pengetahuan yang tidak tahu, Kawasan Bukit Beruntung telah ada 2 buah surau yang diberi kebenaran untuk dibuat Solat Jummat iaitu di Teratai dan di Kenanga.Jarak dari surau Taman Bunga Raya ini ke Masjid As-Salam adalah
lebihkurang 8 km.

1 comment:

Pembentang Sejadah aje said...

Apa yang UMNO susah sangat nak kuasai surau dan masjid tu..senang aje..

Setiap kali waktu solat..silakan YB Batang Kali jadi IMAM..pusing keliling ROUND semua surau..jadi IMAM..dan ketuai majlis TAHLIL..DIJAMIN oleh SELURUH DUNIA MELAYU akan bagi SEMUA JAWATAN di surau dan masjid...termasuk CUCI TANDAS kepada orang UMNO..jangan takut..kuh kah kih..