Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 27, 2009

TUN MAHATHIR TAHU DS NAJIB TIDAK BERANI SAHUT CABARAN BELIAU


TIMBALAN Presiden PKR, Syed Husin Ali meminta supaya Perdana Menteri, Najib Razak jangan bertangguh untuk menubuhkan suruhaanjaya siasatan di raja seperti dicabar Mahathir Mohamad untuk menyiasat dakwaan Barry Wain yang menuduh beliau (Mahathir) melesapkan RM100 bilion akibat rasuah.

Katanya dalam satu kenyataan yang dikirim ke blog ini, walaupun pihak PKR merasakan cabaran Mahatahir itu tidak serius tetapi wajar suruhanjaya di raja dibentuk untuk menyiasat Mahathir.

Berikut adalah kenyataan penuh Syed Husin Ali:

Menyambut Cabaran Dr Mahathir
Walaupun kami tidak percaya mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.

Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut.

Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu.

Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam).

Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain.

Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Dr SYED HUSIN ALI,
Timbalan Presiden KEADILAN,

1 comment:

Kanggaroo British said...

Tak kan ANAK murid ..nak LAWAN Tok MAHAGAROO GAROO..Pantang Melayu derhaka pada Tok GURU..

Biar mati RAKYAT..jangan mati MAHAGAROO GAROO..saudara Kanggaroo..