Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 26, 2009

HEBATNYA BILAL 1 BATU BERENDAM MELAKA NAK JADI NAZIR

Kira-kira 1000 jemaah yang bersolat Jumaat di Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka tergamam apabila semua jawatankuasanya kecuali bilal 1, meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu diumum oleh Imam 1, Shuib sejurus selepas solat jumaat dengan memberi alasan sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.

Mereka yang meletak jawatan ialah imam 1, imam 2, Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa surau/masjid berkenaan.

Memetik laporan dalam Tkodaily, semua jemaah dapat menghidu keputusan meletak jawatan itu adalah angkara campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh bilal 1 yang juga pengerusi surau.

Ahli kariah mendakwa bilal 1 itu ialah orang kuat Umno yang selama ini melobi untuk jawatan berkenaan.
Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.

Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat kepada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka.

Semua yang meletak jawatan itu cukup disenangi penduduk dan kariah. Mereka telah berkhidmat di surau berkenaan lebih 9 tahun.

Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.

1 comment:

Anonymous said...

1. Kalau POLITIK KEPARTIAN masuk masjid dan surau...tak kiralah parti CAP Islam ke tak cap Islam ..maka HARUBIRU lah..

2. Tapi kalau POLITIK KEISLAMAN..buang segala CAP PARTI..isyAllah AMAN DAMAI lah masjid itu...

DUA ayat di atas tu..orang JABATAN AGAMA pun TAK FAHAM..apatah lagi pecacai bawahan di masjid dan surau...

Dua ayat itu..memerlukan perasaan TOLERANSI yang tinggi..dan Pengorbanan membuang KETAKBURAN dan ke RIAK kan yang tinggi juga..