Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 23, 2009

TIBA-TIBA MENTERI PERTAHANAN DAH SIAP SIASATAN KEHILANGAN INJIN DAN SIAP CONFIMKAN TIADA PEGAWAI KANAN TERLIBAT

Komen : Heran teman bila Dato Zahid dah siapkan siasatan kehilangan 2 buah injin kapalterbang pejuang sejak 2007 & 2008 .Beliau kata tak perlu Suruhanjaya kerana beliau percaya Polis bekerja secara profesional.Beliau juga berkata pegawai kanan tak terlibat dan hanya yang berpangkat Sarjan ke bawah saja terlibat.Hinanya pangkat Sarjan ke bawah.Bagaimana boleh serah pada Polis sedangkan DS Najib jelaskan sendiri seolah-olah beliau dah buat laporan Polis sejak tahun 2007,tapi kenapa sekarang rakyat baru tahu dan kenapa tiba-tiba dikatakan kes ini akan selesai tidak lama lagi.

Tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebaliknya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.
Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas jika ada pegawai peringkat atasan yang terlibat.
"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat.
"Tapi jika didapati ada, sama ada secara langsung ataupun tidak, maka tindakan akan diambil," katanya selepas merasmikan bas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

No comments: