Inkues Kematian Teoh Beng Hock Disambung 7 Januari 2010.Ini memang benar nak menampakkan keputusan inkues sengaja dilambat-lambatkan dan ramai rakyat malaysia dah lalisedar apa alasannya.Berita malam tadi naka kata hadiah tahun baru atau 'surprise' untuk rakyat bila laporan stadium runtuh dah siap dan akan diwar-warkan tidak lama lagi.TIDAK LAMA LAGI ???? bila ? 1 hari, 1 minggu atau 1 bulan ??
Laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsan menelan masa 12 bulan baru laporan dikeluarakan.Itupun selepas dijolok-jolok baru nak dikeluarkan.
Adkah sebab politik ? Kalau orang biasa baca laporan tersebut tiada apa yang benda penting perlu disorokkan.Jadi apa perlu dilambat-lambatkan.Kelambatan laporan juga akan melambatkan tindakan pembetulan dan membantutkan kemajuan.
Itu belum teman sentuh tentang KEPUTUSAN MAHKAMAH yang baru-baru ini banyak yang dipengapkan dan tergantung sehinggakan tarikh pun tidak disediakan.Mungkinkah ada kaitan politik???Contoh keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah.Ini akan memburukkan persepsi masyarakat pada Mahkamah Rayuan yang kini ramai mengatakan Mahkamah rayuan adalah talian hayat BN.Benarkah ???
Postmortem dilakukan ke atas mayat TBH tempat jam 12 tengah hari 17 julai 2009. Postmortem di lakukan oleh pakar pathologi Hospital Tunku Ampuan, Klang Dr Khariurl Azman Ibrahim dan Dr Prashant Samkembar dari Pusat Pathologi Universiti Malaya. Postmortem dijalankan bersama, dengan demikian penemuan juga hampir sama.
Hasil postmortem ke dua-dua pakar tersebut berpendapat sama, bahwa kematian TBH berpunca daripada jatuh dari tempat tinggi. Malah melalui postmortem itu juga dapat dirumuskan bahawa TBH semasa sampai ke impak masih dalam keadaan sedar. Sebab-sebab kesimpulan ini telah diuraikan secara biologi dan taksonomi.
Hasil postmortem juga telah mengabaikan kemungkinan terjadi pembunuhan (homocide) kerana tiada tanda-tanda kecederaan dan pergelutan dijumpai pada mayat TBH.
Melalui postmortem juga ditemukan, bahawa darah yang biasanya akan mengalir keluar daripada badan, apakah melalui telenga, mulut atau hidung sepertimana biasa terjadi pada mangsa jatuh dari bangunan tinggi atau kemalangan dengan impak yang kuat, tidak berlaku pada mayat TBH, sebaliknya darah mengumpal dalam rongga dada dan otak. Penemuan ini seolah-olah kulit telinga, kepala maupun hidung TBH terlalu liat, sehingga darah sepatutnya keluar semasa impak, tidak berlaku.
Jarang kita jumpai pada mayat-mayat yang dihantar untuk postmortem akibat kemalangan ngeri darah tidak memercik keluar, biasanya darah akan memercik. Namun kebiasaan ini tidak dijumpai pada mayat TBH.
Pihak pakar pathologi tidak menganalisis ada kemungkinankah bahan bius ada terdapat dalam jasad TBH. Ada kemungkinan kah TBH dibius kemudian dicampakkan. Bius yang berlebihan boleh mengakibatkan pam jantung menjadi lambat, kerana itu peredaran darah juga semakin lambat. Pada keadaan seseorang hampir mati lalu dicampakkan, kemungkinan darah tidak akan mercik,kerana peredaran darah telah hampir berhenti, kerana itu tendensi menembus rongga-rongga hidup, telinga maupun tempurung kepala tidak akan terjadi.
Jika teori ini ada kebenarannya, maka ada kemungkinan TBH mati bukan kerana sucide akan tetapi homocide. Melalui inkues ini, sebaiknya Gobind Singh Deo sebagai peguam keluarga TBH perlu memanggil semula pakar pathologi untuk bertanyakan perkara ini.
Jangan lupa tujuan inkues TBH ini adalah untuk merungkai sebab-sebab kematiannya, apakah kematian TBH disebabkan ada unsur sucide, homocide atau pun kemalangan.
Para saksi diperlukan untuk merungkai kejadian-kejadian yang berlaku sebelum TBH ditemukan mati. Melalui keterangan-keterangan ini lah koronor akan memilih penyebab kematian TBH apakah unsur sucide, homocide atau kemalangan.
Koronor dan Gobind Singh Deo perlu memanggil semula pakar-pakar pathologi tersebut untuk memberi pandangan kedua.
Dalam perkembangan lain pakar pathologist Thailand ada membayangkan bahwa TBH mati dibunuh. Beliau yakin 80% TBH dibunuh. Kesimpulan pakar Thailand ini melalui analisis gambar dan laporan 2 pakar pathlogist Malaysia sebelumnya.
TBH dipercayaai dicekik terlebih dahulu dan duburnya dijolok dengan menggunakan benda tumpul, sebelum TBH yang tidak bernyawa itu ditolak jatuh. Mayat TBH dijumpai di luar Tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai 2009 kira-kira pukul 2 petang.
Inkues kematian TBH masih belum dapat merungkai kematiannya. 22 November postmortem ke-2 telah dijalankan disaksikan oleh pakar-pakar luar negara. Hasilnya akan dirungkai melalui sambungan inkues kematian mendiang pada 7 Januari 2010.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Malaysia...DARUL senarai hitam..jambatan runtuh..buat senarai hitam..Darul RAHSIA..tanah runtuh..buat senarai rahsia..Darul PENGAP..engin pesawat tentera hilang..buat senarai PENGAP..SIAT SIAT oleh SPRM RM RM..orang tu MATI..buat senarai mati terkejut..
Jadi lah Malaysia Darul SENARAI..
Post a Comment