Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, December 19, 2009

INILAH TEKTIK JAHAT UMNO GAGALKAN PERLAKSANAAN UNDANG_UNDANG ISLAM TERENGGANU DAN KELANTAN

Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa :

“Perlembagaan Persekutuan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu”

Perkara 4(1) telah digunakan oleh UMNO khususnya Tun Dr Mahathir Mohammad (Perdana Menteri) untuk menghalang Kelantan dan Terengganu melaksanakan Undang-undang Islam ke atas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan.
Bagi menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa :

1. Perkara 3 (1) Ugama Islam ialah Ugama bagi Persekutuan

2. Perkara 11(4) Undang-undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

3. Perkara 121(1A) Mahkamah Sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Maka dicadangkan bahawa :

Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mempastikan kerajaan-kerajaan negeri diberikan pilihan untuk melaksanakan Undang-undang Islam ke atas orang Islam sahaja.

No comments: