Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, December 14, 2009
TEKTIK BN/UMNO BEBANKAN RAKYAT KEMUDIAN BERI BANTUAN
Kos Persekolahan 2010 Membebankan Rakyat?
Memang pun ujud yuran akan membebankan rakyat.Lebih-lebih lagi ada menteri
Kerajaan UMNO/BN berteruskan membebankan ibu bapa yang tinggal di luar bandar dan dalam bandar dengan kos baju, seluar, kasut stokin dan beg sekolah, ramai anak-anak yang ibu bapanya orang miskin tidak dapat meneruskan persekolahan mereka kerana kesempitan hidup.Bila nak ambil hati sebab Pilihan Raya seperti PRU12 Menteri Pelajaran masa itu berjanji pendidikan percuma.Lepas itu kementerian senyap sahaja dan membiarkan sekolah membuat keputusan.
Bila dah teruk keadaan dan ramai rakyat memberontak, tektik beri bantuan dan skim itu dan skim ini akan diperkenalkan.
Akibatnya indek kanak-kanak buta huruf meningkat dari hari ke hari dan apabila ini terjadi, ruang untuk pengangguran serta gejala-gejala sosial seperti penagih dan pengedaran dadah serta penjenayah juga akan bertambah.
Bagi golongan yang tidak mampu meneruskan persekolahan kerana faktor kemiskinan, kita tidak dapat menyalahkan mereka andai jalan pintas yang salah mereka pilih untuk mengecapi kesenangan hidup. Untuk menikmati kehidupan senang melalui pekerjaan yang baik tidak mampu mereka lalui lantaran bebanan kos kanak-kanak ke sekolah terlalu tinggi. Hanya anak-anak orang kaya sahaja yang akan mampu bersekolah.
Apakah peranan Kerajaan UMNO/BN dalam perkara ini? Bagaimana mereka harus tangani situasi sebegini? Apakah tindakan yang di ambil bagi meringankan bebanan mereka yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan anak-anak mereka tanpa halangan?
Setakat ini kita tidak nampak apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan UMNO/BN yang ada pada hari ini mengenai permasalahan di atas? Rakyat miskin sebagai pengundi, sudah turun-temurun berpuluh tahun lamanya memberi peluang kepada UMNO agar mengubah halatuju politiknya ke arah pembangunan kehidupan pengundi miskin di kampung-kampung, tapi malang sekali tekanan pula bertubi-tubi, mana tidaknya rasakanlah kos persekolahan kanak-kanak pada tahun 2010 kini semakin menyumbat kebuntuan kepala.
Kita fikir tidak salah kiranya orang kampung memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka dalam menangani hal-hal sebegini dengan baik? Tekadkan hati dalam memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat kerana selama ini kebaikan dan keikhlasan Pakatan Rakyat sering dikaburi dengan mainan halus dan kasar politik para pemimpin UMNO.
Para pemimpin UMNO susah mahu berubah melainkan orang kampung sendiri yang boleh merubahkannya. Ketaksuban orang kampung kepada para pemimpin UMNO akan merugikan anak cucu orang kampung sendiri, bila suatu hari nanti anda sudah tidak ada lagi di dunia ini!
MUSIM tamat cuti sekolah sudah tiba di ambang pintu. Tatkala tibanya musim kembali ke sekolah, ibu bapa mula mencatur perbelanjaan kanak-kanak sekolah. Ibu bapa terutamanya mereka yang berada di pedalaman dan di luar bandar yang miskin, mula mengatur perbelanjaan dek kerana kesempitan hidup.
Setiap kali musim kembali ke sekolah tiba, bebanan kehidupan yang terpikul di bahu mereka semakin berat untuk dipikul. Kasihan orang kampung dibebankan oleh Kerajaan UMNO/BN.
Tambahan peruntukan perbelanjaan keperluan sekolah anak-anak yang mahu dibayar sendiri oleh ibu bapa yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan UMNO/BN tahun 2010, seperti baju seragam sekolah, kasut, stokin, beg sekolah, alatan tulis, baju sukan, buku aktiviti harus disediakan tanpa mengira darjat kemiskinan.
Bagi orang yang mampu berpendapatan tinggi, ianya bukan suatu yang menyukarkan, akan tetapi bagi orang kampung yang berpendapatan ala kadar ianya merupakan suatu bebanan igauan yang paling buruk sekali.
Tahukah anda dianggarkan perbelanjaan kasar bagi seorang anak untuk ke sekolah dalam anggaran RM350-RM 400. Yuran tahunan sekolah, belum dipastikan jumlahnya, hanya akan dimaklumkan setelah penggal pertama.
Bayangkan bagi keluarga yang berpendapatan rendah, yang mempunyai lima orang anak bersekolah, dapatkah anda bayangkan betapa sukarnya mereka menyediakan peruntukan perbelanjaan anak-anak mereka pada setiap tahun?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment