Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 14, 2009

RAKYAT KENINGAU TIDAK SILAU DENGAN PROJEK JALAN 2KM DAPAT 100M

Keningau: Penduduk kesal projek bina parit, jalan raya tidak siap
* PROJEK pembinaan parit konkrit dan jalan raya Kg Bunang Ulu, Sook, Keningau yang tidak dilaksanakan sepenuhnya, menyebabkan penduduk kesal malah menganggap janji yang pernah disuarakan kerajaan sebelum ini hanyalah hangat-hangat tahi ayam.


Menurut pengadu yang bertindak selaku wakil penduduk kg Bunang Ulu ketika menemui ActionLine mendakwa, terdapat dua projek kerajaan dalam kampung dan kedua-duanya dilaksanakan oleh dua sub kontraktor kerajaan yang berlainan.

Beliau menjelaskan lagi projek tersebut adalah pembinaan parit konkrit sepanjang 2km dan pembinaan jalan raya utama kampung berkenaan sepanjang 3km.

“Kami kesal apabila kedua-dua projek ini dilaksanakan separuh jalan…parit konkrit yang sepatutnya 2km hanya siap sepanjang 100m manakala jalan raya yang sepatutnya di bina 3km pula hanya siap sepanjang 1km, itupun dengan turapan batu kecil nipis sahaja…”adu beliau kesal.

Penduduk kampung menggesa supaya pihak bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung peruntukan bernilai RM130 ribu yang telah disalurkan pihak kerajaan untuk pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan.

* Pihak ActionLine menghubungi Pejabat Daerah Sook, Keningau bagi mendapatkan penjelasan daripada juruteknik berkaitan aduan ini.

Jurutekniknya mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaan jalan raya sepanjang 3km, tetapi peruntukan yang diluluskan hanya RM100 ribu dan mampu menampung perbelanjaan 1km pembinaan jalan raya sahaja.

“Kos perbelanjaan pembinaan ini berpandukan Jadual Kadar Harga (JKH) yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).

Mengikut JKH, kos untuk pembinaan jalan raya beraspal sepanjang 1km adalah RM500 ribu, dengan kos RM100 ribu pihak kami hanya mampu membuat turapan jalan setebal 6 inci berdasakan kiraan Bill of Quantity (BQ),” jelas juruteknik Pejabat Daerah itu.

Mengulas mengenai insiden pembinaan parit konkrit yang hanya 100m, beliau menjelaskan peruntukan keseluruhannya adalah RM150 ribu sahaja.

“Untuk membina parit konkrit sepanjang 2km kosnya adalah RM500 ribu berpandukan JKH, dengan baki peruntukan sebanyak RM50 ribu hanya 100m parit konkrit sahaja mampu dilaksanakan,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun juruteknik terbabit tidak dapat menjanjikan bila projek berkenaan dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana permohonan peruntukan perlu melalui banyak prosedur dan menunggu kelulusan dari Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.

No comments: