Hari ini 17 Disember 2009 adalah hari terakhir Tahun Hijrah 1430 dan Esok adalah Tahun Hijrah yang baru menjelang 1 Muharam 1431 Hijriah. Itulah kalendar Islam yang kita masih kekok membiasakan dan menggunakan. Sebahagian umat Islam amat bersedia dengan sambutan tertentu untuk menyambutnya. Sekadar budaya untuk menghidupkan roh hijrah dalam hidup mereka. Ada yang menyambutnya bermula selepas solat asar dengan membaca pelbagai wirid dan zikir serta bersama-sama mengaminkan doa awal tahun dan akhirnya. Diikuti dengan ceramah hijrah dan berakhir dengan majlis makan. Budaya yang baik untuk memupuk semangat ukhuwwah dan jiwa kesedaran. Namun satu hakikat yang umat Islam perlu tahu bahawa amalan tersebut bukanlah sunat hukumnya mengikut asal syarak.Yang terbaik kita harus jadikan amalan membacanya tidak kira waktu barulah jadi sunatnya kerana Allah sentiasa ada dan sentiasa wujud mendengar doa memohon padanya.
Persoalan hukum amatlah jelas dalam hal ini. Sambutan sebegini amat subur di nusantara sebagaimana sambutan sempena-sempena lain dalam kalendar Islam. Ianya seumpama majlis ceramah atau pertemuan ukhuwwah bukannya majlis yang bersifat hukum yaitu sunat menyambut awal tahun dengan cara sekian...begini..dan begitu..
Umat Melayu dewasa inidi nusantara amat gemar mengikuti perkembangan Islam dan biodata Islam hanya melalui waktu-waktu yang terbatas. Allah tuhan kita, Muhammad nabi dan pesuruh Allah, Al-Quran pegangan dan perlembangaan kita semua. Mengapa berlaku pertelingahan? Soalan yang tidak akan mampu dijawab melainkan dengan keimanan yang sebenar kepada Allah dan jiwa yang senantiasa bertaubat daripada dosa dan noda insyaallah.
Teman ajk Cawangan dan ahli PAS Bukit Sentosa 2 dan penyokong disekitar Bukit Sentosa 3 , Taman Angegrik, Taman Seroja,Taman Bakawali,Taman Kemboja, Taman Telipot dan taman Widuri mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431H untuk semua pengunjung blog ini.
Hijrah bukanlah satu perjalanan biasa Nabi Muhammad SAW bersama Sahabatnya Saidina Abu Bakar Assiddique RA, dari Makkah ke Madinah, ia merupakan satu 'perjalanan' yang penuh berperancangan, berstrategik dan berobjektif.
Nabi Muhamaad SAW pernah di'perjalankan' oleh Allah SWT lebih jauh daripada itu dalam peritiwa Isra' Mikraj dengan menaiki kenderaan 'istimewa' yakni 'Bura' dalam satu malam.
Nabi Muhammad SAW juga, bila-bila masa boleh di'perjalan'kan oleh Allah SWT dari Makkah ke Madinah dengan kenderaan yang lebih 'istimewa' daripada Bura'.
Berbagai peringkat dan lapisan manusia terlibat di dalam peristiwa hijrah ini dan dalam masa yang sama berbagai peringkat lapisan manusia durjana termasuk Iblis turut merancang untuk menggagalkan peristiwa ini.
Harus diingat dalam peristiwa Hijrah yang diperintah Allah SWT terdapat Remaja (Saidina Ali), Muslimat (Asma'), Warga Emas, (Saidina Abu Bakar), Orang bukan Islam yang boleh dipercayai (Penunjuk Arah[Guide])dan Pemimpin (Nabi Muhammad SAW).
Manusia durjana yang merangcang untuk menggagalkan Hijrah ini terdiri dari kafir Quraisy termasuk syaitan yang direjam.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualaikum
Ana dan keluarga ana mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya kepada ahli Pas dan Ajk cawangan BukitSentosa2 sempena 1 Muharam1431
Hijrah bersamaan 18/12/09.Semoga adanya peningkatan amal dan usaha bagi meneruskan perjuangan Islam dan berani menghadapi dugaan atau mehnah perjuangan.Kekurangan dan kelemahan bukan penghalang didalam meletakkan Islam pada tempatnya macam mana telah ditunjukkan oleh rasullah dan para sahabatnya.Hanya kemahuan dan kesungguhan boleh menjadi modal yang berguna untuk melihat Pas cawangan Bukit Sentosa2ceria dari masa kemasa dan tidak statik dan beku.Diharapkan ahli-ahli Pas dan ajk cawangan mengambil kesempatan untuk berlumba-lumba membuat amal dan memajukan Pas cawangan mengikut kemampuan dan kebolehan serta bakat yang ada.Sekali ana ucapkan jazakallahkasira pada ahli-ahli pas dan ajk cawangan yang telah memberi sumbangan dan khidmat untuk memajukan Pas cawangan Bukit sentosa2.Semoga usaha anta semuanya akan mendapat pembalasan yang besar dari Allah sw.t serta diletakkan bersama dengan didalam golongan yang solleh.Selamat tahun baru ana ucapkan sekali lagi kepada seluruh umat islam dengan memperbaharui azam dan membaik mutu ibadah serta merapatkan ukhwah sesama kita.
Post a Comment