Rakyat harus persoalkan keperluan konsortium tersebut.Adakah RISDA tidak mencapai KPI ? atau FELDA punyai pentadbiran yang lemah atau FELCRA mengalami kerugian yang teruk? Sedemikian apa perlunya, adakah ada individu ingin monopili pembekalan benih , baja atau jentera ?
Perjanjian korsortium Felda, Felcra, Riada dimeterai Tahun 2010
KUALA LUMPUR: Perjanjian persefahaman mengenai konsortium antara Felda, Felcra dan Risda dijangka akan dimeterai pada awal Januari depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan antara tiga agensi berkenaan yang dipandu oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan projek pertanian berimpak tinggi. "Ketiga-tiga agensi ini bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian persefahaman dan mengadakan `kerjasama pintar' bagi meneroka bidang-bidang yang terlibat," katanya menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Nor Hayati ingin tahu agenda Felda menjadi gedung makanan negara dan penubuhan konsortium antara tiga agensi itu bagi menjalankan projek pertanian berimpak tinggi. Ahmad berkata antara program yang melibatkan konsortium ini ialah mengeluarkan benih sawit dan getah yang bermutu tinggi, pengeluaran baja atau racun serta import pertanian selain boleh bersama-sama melaksanakan program Gedung Makanan Negara oleh Felda. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment