Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 4, 2009

PESERTA TANAM SERAI TERANIAYA, PERSATUAN BELIA 4B SG. TENGI , HULU SELANGOR BERTANGGUNGJAWAB ?

PROJEK NAYA PESERTA TANAM SERAI ,PERSATUAN BELIA 4B SG. TENGI PERLU BERTANGGUNGJAWAB
14 PESERTA KERUGIAN RM120,000 .Pihak pemaju Projek yang dikendalikan oleh Persatuan Belia 4B Felda Sg. Tengi mungkir perjanjian yang mereka buat sendiri dan gagal membayar keuntungan yang diperolehi mengikut perjanjian kedua belah pihak.
En. Ismail Mat Nasib memang tidak bernasib baik kerana pelaburan RM10,000 beliau turut hancur lebur dek 'projek lalang ' itu.
Sepatutnya beliau dapat bayaran mulai September tetapi banyak dalih diberi sehingga kini tiada bayaran lagi.
En. Muhamad Diah Hamidon juga antara 14 peserta yang terkena badi 'projek lebur' tersebut.
Sinar Harian melaporkan pejabat urusan telah ditutup sejak September dan pengarahnya dipercayai lari ke Indonesia.
Exco Ekonomi Persatuan Belia 4B berkenaan En. Mohamad Fadzil Zakaria kununya akan menyelesaikan perkara tersebut dengan mengadakan pertemuan dengan semua peserta dalam masa terdekat.

Komen Teman : Pengendali Projek perlu jelaskan semasa sessi penerangan ke mana serai akan dijual dan ada kontrak membekal serai oleh pengendali kepada syarikat tertentu.
Setakat tanam sahaja, teman pun boleh tanam.Tak perlu kursus.

No comments: