Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 4, 2009

BUKAN GORES MENANG TAPI GURIS DAPAT SAMAN !

Guris gambar Sultan Perak di kelab golf
IPOH 3 Dis. – Polis hari ini mengesahkan lokasi sebenar seorang lelaki didakwa mengguris gambar Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada malam Sabtu lalu, berlaku di Kelab Golf Diraja Perak di sini.
Pembetulan dari blog Pinkturtle :-
Polis Daerah Ipoh, Asistan Komisioner Azisman Alias berkata, laporan yang menyebut kejadian itu berlaku di Kelab Lumba Kuda Perak sebelum ini adalah tidak benar.
Menurut beliau, lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu telah dihadapkan ke mahkamah kelmarin dan mengaku salah di atas perbuatannya.
Menurut Azisman, mahkamah menetapkan tarikh hukuman ke atas lelaki itu dibuat dalam tempoh dua minggu lagi.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 427/447 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda awam,” katanya di sini.
http://www.utusan.com.my

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Apakah hukuman yang bakal dikenakan kepada orang yang mengguris hati sebahagian besar rakyat Perak,teman nak dengar dari kawan teman Dr zambry.Mungkin ia boleh jawab.Jika ia malas nak jawab dan tak mau jawab.Biorle nanti pilihan raya kecil Perak atau PRU 13,teman harap kawan-kawan teman diPerak dan rakyat Perak boleh menbalas guris untuk Pakatan rakyak pulak.Maju yeop-maju